Sunday, June 5

rompakan di pasar malam



kejadian berlaku pada pukul 7.45 malam bertempat di seksyen 19 Shah Alam.. owh.. gayat sungguh.. habis duit aku kena rompak.. itu lah akibatnya bawak duit banyak sangat pergi pasar malam.. sudah dikatakan nasib.. dalam plan kononnya just nak ke pasar malam OTK Puchong je.. last last sampai ke Shah Alam lepas nye.. nasib badan..

dah cukup melalut.. cukup merepek meraban.. kontrovesi memang tak boleh nak tepis dalam penulisan aku.. adeh.. sebenarnye bukan aku yang di rompak tapi aku yang sengaja menyediakan diri aku untuk dirompak.. honestly.. pasar malam,night market,downtown,uptown,dan segala bagai pasar yang sewaktu dengannya adalah teramat bahaya kepada pelajar pelajar memegang amanah rakyat macam aku.. 

kalau pergi tempat tempat macam nie memang kompem akan habis tak lebih tak kurang 50 hengget.. weyh makan sebulan tu kot..urghh.. peringatan disini bahawa duit yang diterima merupakan hasil pinjaman rakyat kepada anda ye cik norapikah.. so gunakan sebaik mungkin bukan SEHABIS MUNGKIN..-.-''

okey berbalik pada cerita petang tadi.. dalam plan just nak beli kepak ayam madu dengan burger sahaja okey... dua sahaja.. nama pon plan kan.. sampai sampai mula mula masuk dah nampak orang jual coklet bundle kot.. ewah.. coklet pon ada bundle okey.. tahan tahan nafsu.. jalan sikit lagi keluar plak kepul kepul wangian asap satay yang tak berapa nak Kajang.. mak aih.. menari nari bulu hidung membaunya.. adeh.. tahan lagi nafsu je tu.. rilek dulu..

dan dan tyme nak keluar tu hambek kau dekat sepuluh plastic bag la jugak aku gendong bersama.. erm.. mane lah nak jaga amanah rakyat kalau camtu.. aish norapikah nie.. nampak jagung nak beli.. bukan setakat yang dah rebus, yang belum rebus pon aku sapu.. nampak ayam tertonggeng rangup berseri pon nak jugak.. nampak air kaler macam macam pon nak jugak.. kalau boleh nak setiap air kaler pelangi.. hamboih kau..
sampaikan nampak sabut pemberus lantai pon rasa macam gula kapas dah dari jauh.. *okey yang tu ayat super junior sesangat..


kesimpulannya lain kali weekend jer suruh mak masak satu kuih, ayah masak satu kuih, akak ngan abang pon masak satu sorang.. pastu suruh beratur dari pintu masuk sampai pintu bilik air.. last station ambik air kat washroom taruk perasa shampoo dan mandian.. sangat jimat dan sedap..


nah amik gambar belian aku tadi..


jagung rebus kuning keemasan tarikan ramai



kepak ayam madu membuatkan air liur langgar lampu merah


ayam tonggeng berseri extra minyak kolestrol


nasi kerabu sumbat sepenuhnya dalam perut akibat mengelakkan kerugian


dan tak lupa burger double extra mayonis menempa kegemukan..



okey nak cari saki baki makanan yang masih tertinggal tadi.. lapar semula tengok gambar gambar nie.. bui

-TAMMAT-.





SSSS : terima kasih kepada abang BEN ASHAARI kerana telah memasukkan aku cik norapikah yang suka menyemak di belog beliau.. to al. supporters jugak.. thanxs a lot bagi inspirasi kat aku nak terus menaip..:))

No comments: