Saturday, December 17

..........

Tuhan..
Tolong lembutkan hati dia..
Untuk terima aku seadanya..
Kerna ku tak sanggup..
Kerna ku tak mampu..
Hidup tanpa dia disisiku..


Tuhan..
Aku tahu banyak dosaku..
Hanya ingat Kamu kala duka ku..
Namun hanya Kamu yang mampu membuka..
Pintu hatinya tuk cintaku...


Malam kau bawalah rinduku..
Untuk dirinya..
Yang jauh dariku..
Agar dia tidak kesepian..
Selalu rasa ada cinta agung..


Hujan bawa air mataku..
Yang mengalir..
Membasuh lukaku..
Agar dia tahu ku terseksa..
Tanpa cinta dia di hatiku..


Hanya mampu berserah..
Moga cahaya tiba nanti..


Tuhan tolong lembutkan hati dia..
Untuk terima aku seadanya..
Kerna ku tak sanggup..
Kerna ku tak mampu..
Hidup tanpa dia disisiku..

Tuhan.... Tolong lembutkan hati dia..






17 Disember 2011....:'(




Friday, December 16

ikutlah kau nak kata apa..






MUKA KAU MACAM ZOMBI!
aku tahu aku jalan macam lutut letak kat siku.. muka dah macam datang bulan 365 hari.. macam aku anak tan sri banyak keje kat company bapak sendiri.. korang tengok pon dah rasa macam nak bagi.. cakap..cakap lagi.. ah! peduli apa aku.. yang penting dalam sehari adalah jugak sekali aku praktik senyum depan cermin.. see sikit pon aku tak cuit manusia kan.. tapi tetap tak puas hati..


BAJU KAU DARI KEPALA SAMPAI KAKI SEMUA TAK MATCHING!
ada jugak orang yang pernah hiraukan aku rupanya.. pelik sempat lagi.. aku pakai jeans eh ranggi kau harini tapi tak matching lah bla bla bla.. aku pakai ladylook eh tak sesuai lah kau pakai baju besar macam nie.. lagipon macam corak tak cantik lah baju nie... weyy nandee.. ingat aku hidup kat dunia nak jadi perhiasan tuk kau ke.. sikit pon tak suruh jahitkan baju,sarungkan kat badan aku then habis pakai korang basuhkan.. see tak cuit pon lagi.. tapi tetap tak puas hati..


EH KAU! HARI HARI KAU MAKAN TAHI EH!
serius memang ada jenis macam ni.. aku tak tahu lah dia nie ada binti/bin ke tak.. yang aku tahu golongan macam dia nie maybe kurang kasih sayang.. ke sebab kau syok kat orang tu then orang tu tak layan? serius kan soalan tu.. tapi tu aku tak ambik port sebab apa yang aku nak tahu pasal kau suka suka hati nak maki orang eh.. aku tengok muka kau takdelah hensem macam beruk pon.. sikit je lah kalau macho pon.. tu pon dari angsa jiran sebelah rumah aku.. aku tak pernah pon cuit kau jugak.. tapi tetap tak puas hati..


EH, KAU BUAT ITU,INI,DAN SEBAGAINYA!
otak lembap,kurang bijak, kera sumbang, katak bawah tempurung tak pe.. asalkan tak jadi manusia macam tertera di atas.. mari dengar.. aku lahir memang untuk hidup di atas kehendak kau, aku hidup memang dijadikan tuk jadi hamba kepada kau, aku hidup memang banyak dosa sebab tiap minit sebut nama kau.. semua perkara di atas mungkin di pandang rendah oleh orang.. tapi specialnya.. hati kental kita yang punya.. kata kental juga khas dicipta untuk kita.. yang paling penting kita ada Allah yang berkuasa.. see tak perlu cuit mereka dah terkinja kinja.. tapi tu lah mereka tetap tak puas hati..


KAU NIE TAK TAHU NAK BERKAWAN KE!
ke sana sini sorang sorang.. lebih dari kera sumbang dah.. datang sorang,duduk sorang,makan sorang, sampai balik pon sorang.. minah nie memang tak tahu berkawan agaknya.. let me tell you this.. lagi keji kalau ada sepuluh orang kawan tapi sorang pon tak pernah tegur kau tak solat, kalau ada sepuluh orang kawan tapi sepuluh jugak yang datang mencemuh sesama sendiri kat si kera sumbang nie.. ada sepuluh orang kawan tapi si kera sumbang jugak tempat kau luah isi hati,pinjam money,ajak lepak bila kawan sendiri buat tak peduli.. kan dah cakap.. kera sumbang sikit pon tak mencuit.. so jangan nak sakit hati..


KAU NIE MENANGIS MENANGIS! TAK DE BENDA LAIN KE DAH NAK BUAT!
memang dah tak ada benda lain.. paling keji aku tulis entry macam nie lah nak luahkan suara hati sendiri.. kau apa tahu.. maki,caci,perli.. semua kau highest lagi tertinggi.. ye muka aku tak cantik, hidung kembang, gigi menguning, mata kecik besar, dahi bumi... tapi sekurang kurangnya Tuhan kasi aku sedar tak hidup semua nak free.. free body - free hair - free sin = free hell.. padahal sikit pon tak terpandang,inikan pulak tercuit.. tapi tak puas hati tetap ada dalam diri kau kan..





sudahlah.. tak berbaloi tulis pepanjang.. nanti lagi buat ramai terasa hati.. aku tulis macam ada experince sendiri je.. tapi sebenarnya tak pon.. kadang kadang kita cuba nak memahami kepedihan hati seseorang.. mereka bercerita dan menangis membuatkan kita dapat muhasabah diri sendiri.. try replace yourself with them and feel the way they suffered.. korang mampu.? aku pilih untuk cakap tidak..




-TAMMAT-





Monday, December 5

Italian Mafia Vs Night In Cairo



Bila perempuan suggest '' tema arabb..! tema arabb..!..''


si lelaki '' apa daaa.. tak in langsung.. lapukk dowh.. benda sama je..''


K FINE.!


Bila lelaki suggest '' ITALIAN MAFIA.! ''


si perempuan ''kejadah hang ingat nak pakat suh kami semua dreessupp pakai gaun, pakai coli terburai pastu pakai tudung.. memang in..!.''


ALAA TU PON NAK KECOH! CARI LAH PAKAIAN YANG SOPAN BUKAN TAK ADA TAPI SENGAJA!



tu lah hidup adanya lelaki dan perempuan.. asyik nak bertekak je kejenya.. sebenarnya aku dok kecoh dari tadi cakap pasal tema baju nie disebabkan kami orang budak final sem nak pilih tema tuk annual dinner.. dari minggu lepas dok betekak,siap buat vote lagi.. yang perempuan pilih arab, yang lelaki dok sibuk pilih mafia diorang tu..


sebenarnya belaka belaka nak jaga kepentingan duit dan kesenangan mencari baju untuk diri sendiri.. ye lah kalau perempuan senang nak tema arab sebab pakai jubah pon dah boleh kira arab kan.. senang nak dapat tudung.. shawl pakai hari hari pon boleh.. nak lain sikit ambik lah sapu tangan kat rumah buat purdah.. tadaa... siap untuk ke dinner..


tapi untuk lelaki takkan nak pegi beli tarbus, kasut aladin, baju seluar besar gebang tu semata mata tuk pergi dinner malam tu je kan.. tapi aku berani kerat kuku lah, mana mana lelaki yang ada baju tu pon tak mahu nye sarung kat badan diorang.. ye ke idak lelaki sekalian?


yang lelaki pon same.. nak jadi mafia bukannya susah semua dah ready dalam almari.. tinggal nak beli prop je pon.. labur sepuluh hengget beli m16 mainan.. lima hengget beli lastik nak buat tutup mata sket..  jaket dah ada.. kot zaman sekolah pon muat lagi kan... then siap....tak sampai 20 hengget pon... cehh

Classic Gangster Mafia Costume

tapi bila letak pulak si perempuan kat tema tu.. memang dayus mata memandang wa tibai.. kalau yang jenis tarak tudung tu boleh lagi lah dipertimbangkan.. tapi macam mana kami yang bertudung tu nak in dalam tema tu weh.. aku dah try search mana tahu boleh start kumpul duit awal awal kan nak beli costume.. tapi yang keluar semua jenis baju aku bawak tido je.. jangan dok imagine pulak... sebagai contoh aku kasi..


Mafia Costume for Woman

nie boleh diterima pakai la jugak..


sexy gangster and flapper

kalau yang nie.. memang boleh harus sedia tok kadi terus lah kat dinner tu alang alang..


maka apakah penyelesaiannye di pengakhiran waktu? takpe lah.. meh aku sediakan sikit panorama kerjasama antara kita eh.. mana tahu nanti jadi ke kan.. boleh lah kekanak pompuan semua try dressup nie.. ikut korang lah nak selit tudung celah mana.. tuk lelaki pon sama.. cari lah kat masjid india tu baju a'la a'la a'rab yerk.. hehe..








2 je yang agak senonoh.. tunggu tuk kekanak lelaki pon ada...


.
.
.
.
.
.
.
.
.




tadaaa... haa.. simple kan.. hensem lagi tu.. haha





 okay selamat mencuba.. :D


sebenarnya aku lagi teringin tema Bollywood dari arab.. aci.?




-TAMMAT-





Friday, December 2

aku dah tahu siapa diri aku yang sebenarnya!





tadi bukak fb.. jumpa menda nie.. rasa tertarik pulak nak share..  jom usha senget mata dari jauh skett..

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6





p/s : amacam? ada yang kena? aku memang tepat kena kat batang hidung.. sekarang dah kenal kan siapa diri kita.. terima lah seadanya.. dan tak lupa.. dah siap baca boleh tepuk dada tanya selera.. nie just for fun.. jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. credit to Syakira Mohd Halim.. aku cilok dari status dia.. ngeh ngeh..



-TAMMAT-




Thursday, November 24

tik tok tik tok...

penat betol menunggu..
masuk harinie dah enam hari aku try tunggu..
hari hari sebelom nie amat mengecewakan aku..
nie semua sebab dia..
kalau dia tak tarik perhatian aku.. 
aku takkan sekali kali jatuh cinta kat dia...


dari lepas asar tadi aku tunggu menatang tu ampa semua tahu tak..
sampai sekarang tak boleh boleh lagi..
nie semua mat luthfi punya penangan..
orang lain dah berhingus menangis tengok video terbaru dia..
yang aku dok refresh berlambak kali..
tapi dapat tengok tak jugak..


sekarang dah sampai kat minit yang ke 12.. 
means aku kena tunggu lagi 1 minit nak menghabiskan video tu..
tak pe sabar norapikah..
demi menjaga hati dan perasaan kau dari marah..
demi menengok video yang laju macam formula 1..
hang kena sabar norapikah..


tak dak tujuan punya entri..
sori buat ampa semua habiskan masa klik sini..
aku dah tak tahu nak buat apa tunggu video tu loading..
entri nie kira macam last kofek punya idea nak buat menda..
doakan aku dapat tengok ya semua..
okbai.

buat pembakar semangat.. hang tak mandreemm aku kan.. aishh..


-TAMMAT-



Wednesday, November 23

wordless wednesday - 7


apa nak dikata. makan sajalah apa yang ada. sighh




Thursday, November 17

nafas baru..



salam geng..
pagi nie bermula semula kehidupan serabut noraPikah kat kolumpo..


orang bangun pagi pagi dah bersiap kung kang kung kang..
noraPikah buat cool...
tarik selimut sampai tutup hujung rambut..
kaki terjengol kluar..
sebab selimut tak cukup ketinggian macam aku jugak
kesot kesot sikit nak bagi otot bunyi krukk kraakk kruuk krakk..
konon tunjuk power..
tulang aku muda muda dah boleh buat banyak bunyi..
kau ada..?


dah pukul 9.30..
aku still kat depan latop buat benda keji..
dah jangan pikir lain,aku buat entry je nie...
padahal dah molek janji ngan ina mokk pukul 10 pepagi
pasal aku malas sangat nie..
jawapanya senang sebab aku MELAYUkan diri..


if aku melangkah keluar dari rumah pagi nie..
ianya membawa seribu erti..
means esok aku dah menjunamkan diri kat semester akhir..
orang lain aku tengok semua dah sedia..
baju baru, kasut baru, high heels baru, shawl baru, spender baru...
semua semua lah nak baru..


aku nie..
ntah lah...
entri baru je la mampu..
nie kang entah publish ke idak agaknya..
azam pon tak nak dekat dengan aku..
katanya diri aku nie tak ada daya penarik nak berjaya langsung..
main kasar kau kan azam..


tak pe aku terima kata kata kau..
sekarang jugak aku pergi mandi,..
kejap lagi aku pergi buat surgery longlai bertukar menjadi lengloii..
moga memberi impak kepada kehidupan aku..
dah banyak dah rasanya patah perkataan aku tules..


sudah lah..
aku pergi dulu..
wish me lucks..
moga setapak yang bakal aku bawak keluar nanti merupakan...
tapak kejayaan dihari mendatang..
amin..



semak : petang ni aku ada gugurl date.. pegi ke tak eh.. aku tak pandai nak cakap ngan orang tak bape nak rapat nie sebenarnye.. hurmm.. akan dipertimbangkan...



-TAMMAT-



Thursday, November 10

sugar glider tak dapat.. aku cari sugar lain..

sekarang bangun pepagi je dah tak kira nak jemur kain ke, makan sarapan ke, mandi ke.. pe yang aku buat dulu.. uruskan kebajikan dan kebersihan my sugar dulu..


amboiihh bukan main lagi.. bunyi macam bela sugar daddy dah gaya nye. tidakkk..tidakkk sama sekali.. yang tu haram.. cik norapikah nie still wanita yang mempunyai maruah diri.. takkan setakat mintak sugar glider kat teruna then tak dapat terus merajuk hentak hentak kaki... 


''WA CURANG DENGAN LU.. WA NAK CARI SUGAR DADDY NANTI MINTAK BAPAK SUGAR GLIDER PON MESTI DAPAT..!''


pekejadahnye cengitu.

sebenarnya aku beli kaktus yang renek kemek macam aku jugak.. tapi aku nie tak pandai nak jaga.. aku beli kaktus nie time pegi kemeran heland ritu lah... yang aku pandai nya tiap tiap pagi aku bawak kaktus nie letak luar rumah.. then kalau kaktus nie bernasib baik petang sikit aku angkat la bawak masuk rumah.. kalau tak bernasib baik tido kat luar la dia.. maklumlah tuan dia banyak makan semutt...


then start dari aku beli tu selang dua hari je aku siram.. padahal aunty yang jual tu dah cakap siram seminggu sekali je.. degil toyah loo  ini budak... dah aku tengok dia lembik je so aku siram lah.. mana tahu kat sini panas telebih ke kan... kang tak pepasal dehydrated kaktus aku..*betol ke eja cengitu..?


so entry nie nak mintak jasa baik kalian kalian semua.. pebenda aku nak buat ngan kaktus nie sebenarnya.. sapa ada info yang mudah aku nak faham mai lah share.. mari tengok kelembikan kaktus aku..

yang berbijik bijik nie paling tak bley blah.. ngan lutut lutut aku sekali lembik menengoknya..

yang mickey mouse tu dah start kuning kunig macam tanda tanda nak mampos je..

yang bunga tu still okay lagi.. dok kembang kuncup kembang kuncup..


yang gemok nie dah ada tanda tanda penuaan jugak..

okay nie total semua sekali seploh hengget.. lau mampos semua aku buang tanam sugar daddy kat dalam tu.. uihh kaya norapikah macam nie...




so sebarang info yang hendak didermakan bolehlah slow slow bank in kat dalam kotak komen... jasa baik dari pihak tuan/puan amatlah dihargai.. sekian..



-TAMMAT-



Wednesday, November 9

kemeren heland.. a.k.a Cameron Highland

norapikah muncul lagi.. setelah sekian lama tak hupdate finally harinie tetiba rajin nak menaip.. beselah dekat beminggu minggu otak aku mengaapp, harinie kurang sikit dah kemengaaappan nye *slang sengau pliss..


okay, apa menda kemeren heland yang aku nak citer harinie.. nie cakap orang orang tua kampung aku.. cameron higland boleh jadi kemeren heland.. sebut bebetull.. kemeren heland.. waahh.. canggih gitu.. hahaha..


last week da sebenarnye aku pergi nie.. tanpa plan pape bangun pagi angah aku cakap jom kita berjalan jalan.. so destinasi paling dekat dan tepat adalah tempat sejuk tu lah.. pelakon layar yang terlibat adalah aku , my bidadari, angah aku dan mak saudara aku.. jom layan gambar je lah..



eksaited lebih.. sampai gambar pon gegar macam ada gempa bumi... time otw pergi aku kena buli.. angah suh aku drive dari rumah sampai atas sana. memula cakap separuh jalan je.. puas aku tunggu angah suh aku behenti tepi jalan nak ganti drive.. last last sekali semua cakap ''OKAY KITA DAH SAMPAI''.. ceh aku tertipu.. mementang first time aku pegi.. caitt....

yang kekecik je tinggal tuk aku..

penuh jugak akhirnye..

okay makan cecurik sambil tangkap gambar hidung..


first place kami tuju adalah strawberi farm.. sangat menyakitkan hati ye bila petik strawberi yang just tinggal muda muda je dah.. mana tak nya.. banyak rombongan bas kat kiri kanan jalan..  bebudak sekolah buat rombongan akhir tahun lah tu.. sempat jugak lah aku bergaduh ngan mat bang laaa  laaa laa yang jaga farm tu suh bukak kawasan lain.. dia buat muka tak bersalah je.. bikin panas waa punya hati... abaikan hidung aku yang kekembangan tak dek insuran tu...


meet my beautiful bidadari..

salad yang tak berapa nak masak kot...

nie kalau aku beli letak depan rumah.. kompem pencuri tak lepas nak masuk..


mak jual bunga...


then kami ke next stage.. before pegi tempat kat atas nie sebenarnya kami pegi borong sesayur jugak.. ada 1 benda bengaapp aku beli.. nanti aku cerita kat next entry.. lepas habes beli sayur so kami pon pegi lah ke taman salad nie.. de lah jugak bebunga tanam kat situ.. tapi yang paling malang on dat day tak dek jual salad ye adik adik.. nie tempat pebenda kalau semua benda tak nak jual.. betambah panas je hati eden...


time otw balik hujan dah rerenyai.. lunch dulu dengan jumlah yang harga yang sesangat lah murah.. berbaloi kot makan 4 orang dengan harga RM 23.00 sahaja.. tak tercapai dek akal ku.. then solat kat masjid kat tetengah bandar tu, tangga masjid pon dah sejuk so bayangkan lah air nya ye.. siap solat kami pon berangkat pulang..

abaikan muka mak mak aku tu ye.. :D


niat di hati nak singgah ladang teh.. hujan lebat kemain membatalkan niat.. so pulang ke rumah dengan perut kekenyangan dengan strawberi....


sape nak pegi kameren heland nanti koling aku ye.. boleh homestay kat rumah aku je.. ahaksx..:D


sekian..


-TAMMAT-


Friday, November 4

kenapa tak semua orang faham apa yang kita rasa..


i hope that something goods will showing up.. doakan aku kay guys.=')




-TAMMAT-

Thursday, October 27

tak susah nak hadapi ujian dari Allah



tipulah manusia tak pernah hadapi ujian dan dugaan dalam hidup dia.. 

"aku hidup mewah,senang lenang mana ada ujian.. kau je norapikah yang banyak ujian..."

maybe ada segelintir yang berhidung tinggi pernah mengeluarkan kata kata sedemikian.. tapi ye lah kan dia tak perasan yang sembelit tu pon ujian jugak dari Allah.. :D


so ilmu yang dapat dikongsikan oleh norapikah untuk pagi ini adalah...




10 Surah yang boleh diamalkan untuk menghalang daripada ujian besar dari Allah


1. Surah Al-Fatihah ( dapat memadam kemurkaan Allah SWT )
2.Surah Yasin ( dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat )
3.Surah Ad-Dukhan ( dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat )
4. Surah Al-Waqiah ( dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir )
5. Surah Al-Mulk ( dapat meringankan azab dalam kubur )
6. Surah Al-Khautar ( dapat meleraikan segala perbalahan )
7. Surah Al-Kafirun ( dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian )
8. Surah Al-Ikhlas ( dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq )
9. Surah Al-Falq ( dapat menghapuskan perasaan hasad dengki )
10. Surah An-Nas ( dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was )



kan tak susah kan.. surah surah nie dalam solat pon boleh baca.. norapikah sendiri mengaku susah nak cari Al-Quran setiap hari.. pastu bila ada masalah baru nak baca Al-Quran tenangkan hati.. bila senang setiap masa bukak fb and update blog boleh pulak.. tapi kepada Pencipta sendiri susah nak bercerita itu dan ini.. tapi nama pon manusia.. lagi lagi meLayu.. memang apa pon tak bley.. sama sama lah kita berubah ye..

wallahualam..
source : member fb



-TAMMAT-



Wednesday, October 26

wordless wednesday - 6


lif umah sewa..  apa pon tak bley.. -.-''

Monday, October 24

harapan buat kekasih gelapku..



''Carilah LELAKI yang mampu menjadi IMAM untuk kamu... yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila melihat KESAKITAN kamu ketika MELAHIRKAN ZURIATNYA,dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN  kamu untuk BERIBADAT bersama-sama di pertiga malam.. jika PENCARIAN itu telah kamu temui.. jangan lupa  BERSYUKUR KEPADA-NYA.. jadilah PEMAISURI HATINYA, PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..."


~.~

gurls.. just keep praying and never give up to find somebody else.. if kita tak jumpa sekarang,insyAllah suatu hari nanti Allah akan temukan jugak.. dan kalau yang sekarang pon tak seperti yang kita impikan,kita harus tetap bersyukur sebab sesuatu kejadian tu boleh dibentuk sikapnya.. if dia bukan orangnya yang dapat merubah kamu, then kamu lah yang di takdirkan untuk merubah dia.. hanya cara dan waktunya saja yang kita kena tentukan sendiri..


wallahualam..
p/s : gambar dari pak google..=)


-TAMMAT-




Sunday, October 23

keadaan mak buat aku risau..

tak tahu nak cakap apa.. sekarang dah makin kerap.. setiap petang mak berkeadaan macam tu.. aku.... entah lah.. risau, takut, bimbang sesangat... sampai tak terkata akhirnya...


tapi itulah keadaan seorang emak yang rajin dan gigih.. tak endahkan kerisauan seorang anak yang hanya dipendam dilubuk hati.. nak dikatakan tidak, tapi hati mahu.. teringin sangat sangat merasai perkara itu.. alangkah indahnya...


sebenarnya.....


entry nie tak ada kena mengena dengan masalah mak.. tapi aku.. tiap petang dan tiap hari aku makan terlebih muatan.. ye lah semua adik beradik perempuan aku berbadan sasa.. aku je yang cekeding.. takut gak dapat generasi turun temurun tu.. tapi tak pe.. mak masak harus lah makan kan.. lagipon bukan selalu dapat cengini.. time cecuti je..


dulu mak buah bubur biji nangka, then bubur kacang, semalam mee rojak, harini mak masak bubur pisang pulak.. bertuahnya badan... rezeki rezeki.. hehe..

jom share sikit tadi tengah mak sesibuk prepare bahan aku sibuk jugak, tapi sibuk tangkap gambar je lah...


pisang yang siap dipotong..

kelapa parut.. nie paling aku tak pandai nak memarut nak memerah.. 

pisang yang dah dicampur dengan santan and gula kabung+putih


nie dah tinggal sebijik aku melantak tadi.. sedap betol lah..



tapi harinie mak buat tak letak sagu..  if ada sagu lagi mantopp.. skang dah kenyang so apa lagi.. hello hello member.. got to round round kampung kejap.. hehe.. k bye readers.



-TAMMAT-





Saturday, October 22

hidup remaja haruslah bergaul dengan orang kampung sekali sekala..

tadi pagi merendek dengan gadis gadis kampung.. kengkawan dari sekolah rendah.. pergi pasar cari makanan plus pasal... haruslah merendek sekali sekala.. tahu perkembangan mereka semua.. kalau tak nanti nampak macam sombong pulak kan.. baru belajar kat kolumpo, kawan kawan kat kampung dah macam buat tak kenal..


after balik bersiap siap pulak nak ke majlis pertunangan kat kampung.. satu kampung dah kira sedara mara.. kalau tak pergi tak enak lah orang kampung tahu anak dara Abu@Abdullah tu ada kat rumah.. tapi tak mau ke kenduri sedara mara.. tak ke malu kalau cengitu dikata orang..


dah sekian lama tak jalan kaki.. harinie aku buang tebiat dengan my bestie dari jaman hingus dulu.. dah alang alang malas nak meminjam motor brader brader kami so decide je lah jalan kaki.. pakai baju kurung merah melenggang lenggang ke rumah kenduri..

abaikan dagu separuh tembikai tu...-.-''

sumpah cik norapikah cakap.. semput kemain... nasib sampai tepat pukul 12.00.. orang dah start makan.. apa lagi melantak lah.. dah lama tak pekena gulai kawah, nasi kawah, ayam masak merah orang kenduri.. perghhh  hilang masalah mengidam aku.. siap tambah dua kali makan bubur pulut hitam..

meet my mum.. sampai sampai terus cari mak..


meet my besty yang memang pemalu.. haha.. :D

nie pulak tuan tanah yang tak tahu malu..


haruslah pergi jalan kaki, balik pon jalan kaki.. puas berlari sebab halfway tetiba hujan rerenyai.. tahan nak membuang satu hal.. bukti banyak sangat minum air bila pegi kenduri.. then sampai rumah besty lepak dulu.. mak kompem tak balik lagi.. then tengok hujan dah renyai baru pulang ke rumah tercinta..


nak sampai je simpang rumah nampak dari kejauhan my beloved parents.. amboi.. anak dara bukan main berlari lari anak takutkan hujan.. parents naik motor peluk peluk yu alls...



nie la motor yang berkhidmat time aku sekolah rerendah dulu.. since 96 my dad guna.. kalau ex5 skang beli seminggu next week dah rosak.. memang berbaloi..:))


sebenarnya aku tengah tolong mak aku masak mee rojak nie sambil update blog..
 perghh peberet aku tu.. aku dah dengar mak menjemput tu.. so itx time to go.. dah aku nak pergi melantak sampai terbungkang.. mai jemputlah makan..



-TAMMAT-