tadi just pasang niat nak online sebab nak update registration course kat uitm jer.. alih alih dah buka blog bley pulak nak buat entry baru.. gayat sungguh..
masa dalam kereta otw nak balik rumah sewa tetiba terfikir.. senangnya orang berubah.. dulu cantik sekarang lagi cantik.. dulu lawak sekarang dah tak lawak.. dulu alim sekarang raja lagak.. dulu pemalu sekarang dah pandai bercerita macam macam kat blog.. *okeyh tak ada kena mengena yang last sekali tu..
sebenarnya tadi aku terfikir kat ***** maharaja lawak tu.. sorry kepada fan fan beliau.. dulu pon aku fanatik dia jugak.. tapi sekarang dah sadis.. alangkah bagusnya kalau kau boleh buat lawak yang mereleasekan tension aku di zaman kesunyian plus keserabutan belajar nie.. tapi malangnya kau katakan TIDAK.!
mungkin dulu hidup susah nak makan kena korek korek poket cari duit syiling.. sebab tu banyak pengalaman hidup nak dibuat cerita.. tapi sekarang dah sedia ada dan berjaya.. sebab tu tak ada dah bahan yang nak diolah..
mungkin jugak dulu banyak bergaul dengan masyarakat yang macam macam jenis bahan rumahnya.. ye lah orang susah kan rumah berperingkat peringkat.. ruang tamu separuh batu separuh papan.. ruang tengah plak separuh zink separuh nipah.. dapur guna playwood *betul ke aku eja.. jamban lak kat luar.. memang nice.. contoh terdekat rumah aku sendiri.. kampung woo.. gayat..!
hope minggu depan kau buat lah yang terbaik.. aku rindu nak dengar lawak kau.. sekarang sepah dah bertakhta kat hati aku.. even haritu aku dah nyaris nyaris rendam kepala dalam besen basuh baju sebab siti sarah culik shuaib aku.. tapi aku tetap terima hakikat sebab diorang je mampu tolong aku releasekan stress..
wish aku untuk kau buatlah yang terbaik sebelum kau dihumban keluar.. okey aku cakap banyak banyak pon kau memang takkan baca entry aku nie.. tapi tak kisah lah.. isi hati aku dah terlerai.. k bui..
-TAMMAT-.
hyppertension akibat tension berbakul bakul yang terjeruk hangit..
SSSS : cerita ini tiada kena mengena dengan yang mati.. hanya yang hidup sahaja. sekian.. hanya menyemakkan dashboard anda..
sambung buat keja..
:D
No comments:
Post a Comment