Friday, March 11

Tangisan itu teman aku.

Salam dan selamat tiap tiap hari sume


tengok pitcha pon da tahu kan entry nie pasal ape..
tak tahu kenapa.. 
kemestiaan bagi diri aku..
setiap hari mesti menangis..
agak agak pernah tak jumpa orang macam aku..?
mesti tak kan..

hidup bertemankan air mata..
mesti lah tak gembira..
banyak berfikir..
banyak menyesali..
perkara dan dosa lalu yang aku buat..
banyak buat aku rasa bersalah..
buat aku rasa nak putarkan semula saat perkara tu berlaku..
salah aku dengan mak ayah..
salah aku ngan adik beradik..
salah aku dengan saudara mara seIslam..
salah aku dengan kawan kawan ..
tak terkira rasa..

setiap detik..
setiap kata kata..
setiap perlakuan..
rasanya sebagai manusia biasa..
tak lari dari buat kesalahan..
terutama aku..
insan yang tak sempurna..
mungkin di mata seseparuh orang..
mungkin jugak di mata semua orang..
aku insan yang tak ada apa apa..

datang dari keluarga yang tak punya harta benda..
apatah lagi rupa..
dari kecil aku tak pernah hidup gembira..
mungkin korang tak pernah rasa apa yang aku rasa..
aku hanya bergantung kepada nyawa hidup aku iaitu mak..
aku rasa mak lah wira..
mak lah raja..
mak lah segala gala bagi aku..



mak  yang ajar aku menghargai hidup sebagai manusia..
mak yang ajar aku hidup menghargai apa yang aku susah nak dapat..
mak yang ajar aku macam mana nak hidup di lorong gelap tak bercahaya..
mak yang ajar aku berharganya duit itu setiap masa..


tapi bila aku pikir pikir balik..
bila mak hantar aku pergi sekolah agama..
nak jadikan aku manusia..
aku buat tak tahu jer.. 
tiap tiap hari aku mintak kat mak nak tukar sekolah..
nak balik rumah.. 
sampaikan sanggup aku buat mak malu dengan masalah aku kat sekolah..
skarang apa yang aku boleh buat.?
jawapannya dah ada atas sana..


setiap kali exam.
mak yang aku cari dulu..
mak yang ada dalam ingatan aku..
bukan soalan apa yang bakal keluar..
bukan berapa target yang aku nak dapat..
tapi mak yang pertama..


upsr..full house.
mak gembira sangat sangat dengan aku..
mak harap aku dapat tunaikan hasrat dia..
nak tengok aku habiskan sampai form 5 kat sekolah agama..
tapi aku dah cerita kan kat atas..
sampai form 3 jer aku mampu..
tu pon siap kenakan janji dengan mak..
dapat sama macam UPSR kena keluar sekolah okey..
sanggup kan aku cakap macam tu.?
hina betol aku rasa..
memang patut aku jadi macam tajuk entry aku kali nie..
memang patut kau menangis norapikah..


spm tiba..
aku hanya mampu dapat sama jugak dengan UPSR and PMR..
mak sangat berharap aku dapat jejak tangga universiti..
betapa malu aku rasa..
result U da kuar..
hampa..
apa yang aku mintak suma tak dapat seperti apa yang aku harapkan..
macam mana aku nak kuar bilik..
macam mana aku nak tengok wajah mak..
bila mak taw aku tak dapat pegi mana mana U.?
maafkan adik mak..


sekarang dah sampai sem 4 aku bertahan..
setiap hari kat Kolej-Poly Tech Mara..
kat Shamelin,Cheras..
aku menangis..
aku fikirkan mak risaukan aku kat sini..
aku harap sangat..
moga aku tak pernah telefon mak tuk mintak duit..
selagi aku dapat bertahan aku cuba..
aku tahu mak susah sangat duduk kat rumah sana..
aku cuma nak telefon bagitahu yang gembira bembira jer..
yang sedih..
aku harap takkan sampai kat pengetahuan mak..


mak..
setiap kali adik teringat mak cakap..
'mak dah tak lama kat dunia nie..'
'and mak tak taw camne nak tinggalkan adik nanty..'
adik akan menangis macam benda tu dah berlaku..
adik tak nak bayangkan..
adik takut..
tapi..
kata kata mak yang berikan adik kekuatan untuk adik terus cari kejayaan..
mak kena tunggu adik dulu okey..
mak sentiasa doakan mak sihat dan panjang umur..
adik berusaha habiskan secepat mungkin..
adik akan cuba menangis setiap hari..
moga suatu hari nanty..
bila adik dah berjaya..
adik takkan tahu lagi apa itu
air mata..
walaupon pada diri adik..
ataupun diri mak..
kita anggap menda tu tak pernah wujud ye dalam hidup kita..
adik janji mak..
adik janji..


mesti korang dah pikir kan..
kenapa tangisan dah boleh jadi teman aku..
cerita nie hanya 1/100 yang aku keluarkan..
betapa perit hidup aku selebih 99 lagi tu kan..
mungkin itu hanya pandangan aku..
teruskan membaca..
tapi aku tak paksa..
jam dah pukul 1 pagi..
masa tuk tidur..
moga esok kita boleh jumpa lagi..
Salam dan selamat pagi..=)..


sapu sikit air mata : cerita ini adala 100% fakta.. bukan rekaan oleh norapikah yang kuat menyembang okey.. see you lagi.. adiooss..!







No comments: