Sunday, January 8

semalam aku pasrah.. hari ini aku redha..


bertahun aku cari jawapan.. setiap hari aku berdoa.. 


''Ya Allah Kau tunjukkanlah yang terbaik untuk aku.. Kau kuatkanlah hati aku untuk menempuh segala cabaran yang bakal aku terima.. siapa yang bakal aku lepaskan dan siapa yang bakal aku jumpa.. Jika dia dipertemukan dengan aku hanya sekadar untuk menjadi satu dugaan.. Kau pisahkanlah aku dalam keadaan hatiku yang redha..  Tabahkan hatiku.. kuatkan imanku.. panjangkan akalku.. untuk mencari cinta lain dariMu........''


Allah SWT terus menguji aku.. aku diselitkan dengan bermacam ujian.. tidak tahu untuk bercerita dengan siapa.. mahu bercerita nanti salah maksud penyampaian.. sudahnya disalah anggap oleh orang yang mendengar..


07.01.12.. genap enam tahu kami berkenalan.. aku update status di fb dan ada yang mengucapkan tahniah.. tidak seorang pon yang mengetahui apa maksud status itu sebenarnya.. aku sedang mencari jawapan kepada persoalan..


dalam hati sudah dinoktahkan..' bersabarlah hati sesungguhnya kau akan teruk menderita selepas hari ini....'


tidak mengetahui dia juga mempunyai rencana yang sama.. kami bercerita hati ke hati. satu demi satu terbongkar.. mulut tersenyum.. hati menderita... itu yang kami mahukan.. jika kami berpisah.. biarlah dalam keadaan yang baik dan elok.. ada punca dan sebabnya.. kerana kami harus redha bukan pasrah.. 


sayang sememangnya ada.. namun jika sayang,barang itu lah yang perlu kita lepaskan.. bukan disimpan lagi.. kerana sudah ditentukan dia bukan milik aku mungkin.. jika ada jodoh kami suatu hari nanti Allah SWT akan pertemukan semula.. jika bukan hari ini.. mungkin hari mendatang.. aku harus dewasa..


pagi ini dengan kepala yang memberat aku bangun.. tanpa otak yang belom masih bersedia untuk berfikir di pagi hari.. hati sudah beroperasi mencari kesedihan.. setitis air terjatuh atas tangan.. sudahlah.. masih banyak perkara yang kau harus uruskan di dunia ini..


semalam aku pasrah.. hari ini.. tolonglah aku wahai hati.. redhalah kau untuk melepaskan dia... 




-TAMMAT-


9 comments:

Anonymous said...

nak lepaskan org yg kita syg mmg ssh, tapi prcaya la stp yg berlaku pasti ade hikmah disebalik kejadian, dan suatu hari kita pasti akn rasa bersyukur dgn tkdir dari NYA...

Ct Aja said...

ehh salah tekan Anonymous lak..hihi

L said...

bersabarlah.. dan berusahalah..=0

jom baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

zamira said...

nape nie pkah?

HaireenKhairodin. said...

Sabarlah wahai hati, Allah sedang mendengar kata hati mu. =)

syazrina said...

piko? hm keliru la aku dgn cite kau ni?hmm

piko said...

tenxs all.. tetap mencuba even susah..:))

IamNAZA said...

"Barangkali apa yg kamu rasakan baik utk kamu sebenarnya buruk..barangkali apa yg kamu rasakan buruk untuk kamu sebenarnya yg terbaik" - Al-Quran (tp xigt surah apa.pardon me~)

piko said...

tenxs buddy..:'))