sabar aku memang dah sampai tahap hidung sikit lagi nak terkeluar ikut mata je dah nie.. selama nie aku pendam.. aku sabar dengan perangai berlagak nak mampos kau tu.. cakap tak mau kalah.. semua kau nak bajet professor.. tak tahu pon kau cakap boleh tahu kan... kalau boleh sejarah Malaysia nie ibarat macam kau nak buat..
mungkin bila kau tengok aku diam je selama nie kau ingat aku takut.. kau ingat kau ada GUUUU kat rumah nie aku nak menyorok dalam selimut ketakutan bila kau buat perangai noookk haramm kau tuh.. sori derrr.. nie bukan first tyme aku belajar marah orang.. kalau dulu aku boleh baling kerusi kat budak lelaki inikan kau yang aku acuh tak acuh je pandang..
25 Ogos memang bersejarah dalam hidup aku.. bulan puasa kau buat aku marah.. lepas berbuka, makanan pon tak hadam lagi kau dah bikin mata aku panas tengok kau.. esok dengan test nye lagi.. kau ingat aku pernah suka ke hidup dengan kau...? sedikit pon tak lah.. kau memang tak pernah ingat pon.. dulu dorang marahkan kau.. buang kau.. siapa yang kutip.. siapa yang hulurkan bantuan kat kau.. siapa..??? kalau kau tak nak ingat or catit pon nama orang tu kat hati kau, kau hormat je lah privasi diri dia.. tu pon dah cukup,..!
aku tak perlukan harta kau sikit pon.. aku tak perlukan kasih sayang dari kau sikit pon.. aku tak perlukan ilmu kau sikit pon kalau tu pon terpaksa kau nak bagi kat aku kan.. kau memang bijak.. tu memang aku akur.. tapi kau bijak dalam pembelajaran je.. kau kena ingat tu...! hiduplah dengan cara kau.. buat apa kau nak berusaha untuk jadi orang lain.. nak tiru segala benda yang orang lain ada.. kadang kadang aku tengok kau nie nak tergelak pon ada jugak.. berapa puluh aku rasa barang apa yang aku beli kau pon ada kan.. bukan aku nak salahkan kau beli barang serupa macam aku sebab tu normal lah kan.. tapi kalau dah sama brand.. sama kaler.. yang tak tahan perisa pon sama.. tahniah kau orang kedua yang aku pernah jumpa kat dunia perangai macam kau nie.. kondem bagai nak rak barang yang aku guna tapi last last kau beli jugak barang yang kau kondem tu.. TAHNIAH lagi sekali..
hari nie kau dah dengar aku bersuara kan.. yup memang free free aku dapat dosa kering time bulan puasa nie.. tapi aku nak kau belajar satu benda.. aku rasa cara teguran aku tadi tak de lah kurang ajar sangat.. tapi pedih telinga tu memang ada lah rasanya..
meh aku nak bagitahu kau beberapa perkara eh..
PERTAMA.. mak ayah aku tak pernah ajar aku untuk kibas kibas kain depan muka orang even ianya adalah sehelai tisu yang nipis tu kau tahu tak.. and tu dah diklasifikasikan sebagai seorang yang kurang AJAR dalam hidup aku.. tapi nak dikatakan setiap hari kau buat kat aku macam tu.. aku sabar..
KEDUA.. mak ayah aku tak ajar aku guna barang orang tanpa permisi KECUALI barang tu memang dah dasar perjanjian aku dan orang tu untuk guna.. tapi kau siap buat macam harta kau then siap pinjamkan kat orang lain lagi kan.. dan terima kasih pulangan nye memang bersih sangat..:)
KETIGA.. nie ayat baik sikit.. setakat hari nie aku masih menghalalkan sebarang makan minum kau sebab perasaan benci tu belom timbul lagi walaupun perasaan ke arah tu dah ada..
KEEMPAT.. jangan paksa aku untuk jadi 'aku' yang lama sebab mungkin kau akan merana nanti kalau aku dah transform kepada 'the old norapikah'.. cukuplah aku just sound kau harinie.. aku harap kau tak buat lagi.. kau buat je lah ibarat aku tak wujud kat dunia kau.. then jangan nak buat perangai macam budak kecik konon buat rusuhan kecil kecilan sebab ada something yang kau tak puas hati.. YANG TU MEMANG AKU ANNOYED GILA OKAY.!
KELIMA.. terima je lah apa yang aku cakap nie.. ngan aku senang.. kau tak ganggu hidup aku, aku tak ganggu hidup kau.. tapi kekadang kalau aku terkentut tu biasa lah.. nama pon manusia.. kau pon selalu time tengah tido aku dengar.. it's fair ryte..
so aku rasa dah lama aku membebel.. kepada sesiapa yang dah habis membaca nie pon terima kasih lah.. aku tujukan tuk dia je nie sebenarnye.. tapi kalau korang ada gak jumpa manusia macam nie ambiklah entry nie.. tukar mana patut then repost jela.. memang puas hati.. aku izinkan..hahahaha
aku dah gelak tu dah kira okay lah.. aku nak pergi mandi sejukkan diri then nak study.. moga Allah perbetulkan niat aku.. bukakan pintu hati aku untuk maafkan dia dan dia maafkan aku.. dah lenyaplah dikau dari hidup ku.. dah tak sabar rasanya nak blah dari kolumpo nie... ASSALAMUALAIKUM..
-TAMMAT-