Tuesday, May 17

8 - HHTA - Give pictures of 5 guys who are famous who you find attractive

aku tak nak ambik yang femes femes pon tak pe kan...
okey nie dia list 5 orang yang aku nak ceritakan..


okey yang pertama.. dia sangat femes dalam hidup aku..seorang lelaki tuuff,berjiwa kental,berambut ikal,berkulit sawo matang,berasal dari Pahang.. hurm siapa yerk..my teruna lah..kalau dia tak menarik perhatian aku,dia takkan hidup dalam hati aku,dia takkan bernafas dalam jiwa aku dan dia takkan mewarnai perjalanan hidup aku.. kenapa aku pilih dia.? nak tahu nantikan lah next entry HHTA kalau ada suruh cerita pasal my teruna ..kalau tak ada malas lah nak cerita.. kekasih kita tak perlu ditunjuk tunjuk kepada orang lain selagi tidak menjadi milik yang mutlak.. so mari jenguk rupa wajah kesayangan aku..<3



second guys yang berjaya masuk dalam list aku adalah jeng jeng jeng.. dia wanita cantik.. pandai bergaya tetapi pandai membeli baju yang cukup kain... pintar dalam pembelajaran dan berjaya dalam kerjaya.. berkebolehan dalam semua perkara..*mana yang aku tahu je lah*..tidak angkuh..*antara artis yang rajin melayan peminat peminat di fb*.. mempunyai perwatakan baik.. tergolong dalam kalangan muslimah..walaupun tak pernah berjumpa mata ke mata dengan aku.. tapi sekilas ikan di air sudah tahu mana duyung mana paus... mana makan ikan sardin mana makan salmon.. really really down to earth.. tak pernah meninggi hidung dengan segala kecantikan yang ada pada dirinya.. siapa dirinya... look at this pitcha.. tak payah bagitahu nama pun mesti ramai yang mengenali beliau kan..=)



orang ketiga adalah salah seorang yang mempunyai pangkat besar dalam dunia politik kita.. tidak berniat untuk memperkatakan tentang politik tapi tak salah kan kita mencontohi sikap dan perwatakan yang elok..berwajah bersih.. seorang yang sangat sangat down to earth jugak.. tekenal dengan gelaran Tok Guru kita... pemimpin yang tidak memerlukan kemewahan dalam kehidupan.. tidak memerlukan duit sepenuhnya untuk mempengaruhi orang.. sangat dihormati oleh rakyat jelatanya.. maybe ada seseparuh pihak yang tidak menyukai beliau.. but, nevermind it just an opinion from me.. you can make your own perspective.. *malas nak cakap banyak banyak*.. nanti kena gam lak blog aku.. hehe.. tafsir lah sendiri gambar di bawah..



okey yang seterusnya pulak adalah bekas PM kita.. aku suka cara dia berfikir dan mentadbir.. otak beliau sangat geliga.. tengok sajalah berbagai bagai kemajuan yang dibangunkan oleh beliau.. the way he think is so creative,innovative and really different from others.. so sebagai seorang pelajar,perlu perbanyakkan dan praktikkan sikap ex-PM kita nie dalam study.. baru la dapat kualiti yang lebih extravaganzaaa dari other students..



guys yang terakhir adalah mak cik Oprah.. haha.. sesuke hati aku jer... dia menjadi idola aku.. dulu dia tak punya apa apa.. asal dari keluarga yang miskin.. tapi dia buktikan yang dia boleh berjaya.. so kalau dia boleh kenapa tidak aku.. aku jugak seperti dia.. sekarang dia memiliki segala galanya.. dan jugak tak lupa dia tolong orang yang senasib dengannya pada suatu masa dulu.. so bagi aku just dapat berjaya sudah lah..





so itu sahajalah.. korang pulak macam mana..?
okeylah jumpa kat next entry.. bui..
salam..:D



gambar yang tidak berkenaan dijumpai di google.. hehe..:)





''kejayaan merupakan hak milik setiap insan..''

No comments: