kalau cakap pasal perkara yang aku rindu.. memang banyaklah kan..even hidup aku bukan dihimpit yang manis manis ajer, tapi kadang kaang yang pahit tu pon boleh jadi manis kalau dipikir pikirkan semula..
okeyh kat sini aku nak bahagi bahagikan antara family,love and friends..
FAMILY
apa yang paling aku rindu adalah hidup aku dengan family time zaman hingusan dulu..dulu ngan sekarang memang definitely berbeza sesangat.. seseparuh orang mesti suka bila dah hidup senang.. tapi bagi aku hidup senang jux bawak malang je kat aku.. (* even sekarang tak ada lah senang mana jugak..) dulu nak dikatakan kami hantu berjalan.. along, ateh, selalu bawak aku jengjalan merata rata tempat.. even dulu tak ada kereta, tapi nak dikatakan pantang cuti mesti ada je tempat nak pegi.. paling happening zaman sunway lagoon baru baru bukak.. (*maybe lah padahal aku pon tak tahu sunway lagoon tu bukak bila :D ).. sanggup naik kemudahan awam yang ada zaman tu.. mula mula naik lrt, pastu tukar bas, jalan kaki plak nak sampai kat sunway tu... punyalah excited rasanya even jauh gila dari shah alam datang.. nama pon zaman hingusan kan..:D..pegi plak ramai ramai ngan family... seronok sangat..
dulu pon aku ada ramai akak angkat dari negara seberang dan tak lupa kat Kak Nora yang asal dari Terengganu.. dari kecil dia jaga aku.. tapi tu lah kan.. zaman dah berubah.. semua dah jauh jauh...masing masing dah berkeluarga.. seronok je bila ingat semula..lagi lagi dulu time raya ramai sangat sangat.. sekarang tinggal kami kami aje lah.. rindunya...:(
mari kenal kenal...
dari aku berhingus dah jaga aku dulu.. mis u kak nora..<3
dah dekat 10 tahun aku tak jumpa kak ima.. dah besar anak akak..:(
kak melly je yang ada dekat ngan kami sekeluarga sekarang
kak nopi ngan si Kasih yang comel.. aku tak pernah jumpa lagi..:(
LOVE
ceritera cinta aku siapa lagi kalau bukan si teruna hatiku.. dulu aku pemain perasaan cinta.. teruna aku yang mengubah diri aku.. mr Ally Shah.. dah lima tahun aku bersama ngan dia.. macam macam perkara dah aku lalui.. so banyaklah kan perkara yang aku rindu.. perkara yang paling aku rindu adalah time kami sama sama ngan kawan kawan beliau melancong kat Pulau Tioman.. rindunya kat pantai yang sangat sangat indah tu.. tak terkata beb... sampaikan aku rasa satu hari nanti aku nak bina rumah kat sana.. aman damai sesangat..
kalau diberi peluang satu hari nanty aku nak mintak kerja ngan syarikat Berjaya.. nak jadi salah seorang shareholders kat sana.. wah tinggi bebenor cita citanya..(*buat akaun pon tak penah balance lagi.adeh ).. sebab apa aku rindu sesangat moment tu sebab tu adalah hadiah anniversary kapel kami yang ke 4 tahun.. kengkawan teruna aku sangat sangat sporting.. bawak kami orang jalan banyak tempat tanpa kos bayaran yang tinggi.. apa yang pasti aku akan repeat lagi sekali pergi sana..:D
FRIENDS
yang nie tak payah nak cerita.. hidup aku nak dikatakan mang jauh dari keluarga.. hari hari aku banyak dikelilingi adik beradik lain mak lain ayah nie.. siapa..? kengkawan aku lah.. rindu nak main lumpur + hujan time sekolah rendah.. rindu nak kena tangkap fly lagi kat tahap.. patu kena sanding kat bilik guru.. ( * budush an..).. rindu nak tukar baju dalam teksi time skolah teknik.. rindu nak jadi ketua kompeni masa PLKN.. semua semua rindulah.. nak catat kat sini tak lama plak aku nak bebel kan.. haha.. i miss all my friends...:(
-done-
'' kenangan yang kita rindui tidak memerlukan sepenuh peringatan
yang kukuh kerana ianya terabdi sendiri...''
5 comments:
rindu ko jgakkkk!!
kenangan memang sesuatu yang indah...
zam : hehe.. yang tu aku tahu.. :D
khuzrin : tenxs sudi jenguk.. semestinya indah kan..:)
miss u so much beb!!!!
aku sepuluh kali lebih rindu kat ka ngan korang korang sume beb..!!!.. bila lah nak jmpa kan..:(
Post a Comment