Saturday, May 7

2 - HHTA - matlamat di siang hari pada 30 hari akan datang

Goals for the next 30 days




setiap manusia kompem ada impian masing masing.. tapi sebagai Melayu sejati.. rasanya memang kompem jugaklah impian tu kurang diadaptasi dalam kehidupan untuk digapai.. * burok bebenor bahasa Melayu aku..
hari nie aku kira berjaya lah menyediakan entry kedua aku untuk 30 Days Challenge.. okey apa goals aku untuk 30 hari akan datang..


dalam otak pemikiran pendek aku rasanya aku nak jadi The Next Malaysian Top Model..
hahaha.. dasar pendek tak sedar ketinggian diri... tapi tak salah kan bermimpi di petang hari.. mane tahu aku bangun pagi esok tetibe kaki terlebih panjang dari sediakala.. sangat buruk ye di situ.. berbekalkan badan yang sedikit (actualy sangat) pendek dan memiliki kaki yang labuh gemalai sape yang nak bagi dress cantik dorang untuk diperagai oleh aku.? memang kompem tak dek orang..


tapi tak salah kan pelajar jurusan akauntan yang tak pernah balance ni ada cita cita macam tu.. aku tahu korang pon sebenarnya nak jugak kan.. tengok dah ada yang tersenyum senyum.. tak pe aku sebagai wanita prihatin mewakili kaum kaum kerabat wanita cantik berkaki kurang ketinggian menyatakan bahawa suatu hari nanti kaki kami akan tumbuh sedikit demi sedikit lalu bertambah tinggi seperti sedia kala..

okey mari join aku untuk bermimpi di siang hari..memang sangat sedia kala lah jawabnya..-.-''




owh sangat gayat dengan ketinggian beliau..



owh ini jugak terlalu gayat untuk dicontohi..



ini jer sudah memadai..:)


''it's okay if we have a pair of short legs as long as we have a high sense to think..''






-TAMAT-
(gambar kutipan dari google)