Tuesday, April 12

setitis nurani

kembara ini sudah terlalu jauh..
namun kolam hatiku kian berubah..
beban tambah berat..
diri kian penat..
jiwa semakin gundah..

Ya Rabbi..
pada saat ini..
ku pinta leraikanlah segala kekusutan di fikiran..
mohon dijinakkan nafsu liar..
tenangkanlah gelojak hati ini..

Wahai Yang Maha Adil..
kutiplah aku untuk menumpang sekelumit di pinggiran rahmatMu..
walau aku sering lupa dan alpa..
namun aku sentiasa mendamba..
entah mengapa..
gelombang rasa ini sering datang dan pergi..
aura mujahidah ini tak pernah tenang..
jangankan muthmainnah..
malah amarah pula sering melanda.!.

aku juga tak mampu menangis kerana dosa..
hatiku keras amat..
aku cuba menangis dengan berasa kesal tapi gagal..
mengapa aku tidak menangis kerana gagal menanggis.?

Ya Allah...
mohon dilembutkan hati ini..
atau...
aku mohon diberi 'hati' yang lain....
untuk dipermudahkan hari yang mendatang..
untuk mendekatkan aku dengan Engkau..
itu yang aku pinta Ya Allah..
setitip kebahagian dalam penderitaan....










terima kasih Fadil.setiap kata kata kau sentiasa buat aku menunduk dan menangis.. Terima kasih Ya Allah datangkan aku dengan kawan seperti dia..=)

2 comments:

MR. SYAH said...

pikolo mmg ko xbleh nk follow yerk?? haha.. jgn sedih2 yerk kawan..

piko said...

boleh.. tapi kena add guna link lah.. hehehe.. mane de sedih lah..