Wednesday, September 5

tik tok tik tok...






keghairahan dan KEMALASAN...


terlalu nampak di situ.. KEMALASAN lebih besar daripada keghairahan.. apa yang ghairah apa yang malas nie norapikah oit..


just tinggal beberapa hari nak cecah tanggal 10 September.. otak ghairah nak belajar tapi badan penat nak bekerja.. macam biasa minggu last nie norapikah baru nak setlekan semua benda.. time tu lah nak setlekan borang borang, online pt, minggu nie lah jugak baru nak buat medical checkup, dan dan mak buat kenduri pulak.. nah tanggung sendiri.. standard la melayu kan.. ngehngeh..


banyak benda nak pikir time nak tinggalkan rumah nie.. dengan musim sakit nya.. kucing aku lagi.. eh lupa nak gitaw si putih yang haritu dah mati.. sekarang tinggal si gemuk je dah.. ada plak dua ekor anak kucing yang aku rescue dalam semak samun haritu.. nak tinggal kat mak sorang sorang kesian kat my bidadari tu.. mana larat dia nak layan kekucing tu macam mak kandung dorang nie layan.. nak kemas sangkar, nak kasi susu kat budak dua ekor tu.. aishh tak de makna nye la...


malam semalam ada lagi sekor anak kucing hitam legam orang buang kat depan rumah aku.. bunyi dia punya la bising.. kecomelan dia boleh tahan.. gemuk gedempol lagi tu.. bak kata orang hitam manis.. mampu? nie lagi satu hal.. kebetinaan dia tu membuatkan aku tak mampu nak bela.. kang di isterikan pulak dek si gemuk aku tu.. see dah tetiba aku merepek pasal kucing...


sebenarnya hal tak besar mana norapikah besarkan.. kerja tak banyak mana norapikah banyakkan.. cakap terus terang hati sebenarnya berat nak meninggalkan kampung even dah bosan biol duduk rumah.. tapi nak buat macam mana.. seruan mak ayah.. seruan adik beradik.. seruan my teruna.. seruan saudara mara..


masa berjalan.. norapikah still buat dek je lagi.. jam dok tik tok tik tok.. norapikah still banyak main.. seminggu bagaikan sehari.. marilah membasuhi diri.. rajinlah wahai norapikah.. your future is in your hand.. get it or leave it..


-TAMMAT-



5 comments:

farah liyana said...

pkolo ! hahaha kau dapat dungun ke? tahniah weh ! :)

farah liyana said...

pkolo ! kau dapat uitm dungun ke? tahniah weh :)

アヌム said...

jgn mls2.heee

piko said...

@farah : aah dapat uitm dungun.. Tenxs farah..

erry edz said...

nice blog. salam perkenalan :) do follow mine :)