Monday, November 12

SELAMAT PAGI yang sangat pagi! :D



hehe.. nampak tak semangat norapikah nak menaip entri harini.. kan dah janji semalam.. less than 6 hours taw dah tunaikan janji.. hehe pagi pagi pon jadi kau nie.. dah dah..


sebenarnya nie la peel norapikah bangun pepagi untuk study.. kalau study memalam jawabnya bangun pagi esok lemah longlai macam biskut kena cicah dalam air.. tapi bila bangun pagi kan awet muda so segar walafiat la jawabnye.. *statement nie sampai 12 tengahari je akseli.. -.-' lagi satu janji kan semalam nak ceritakan keseronokan dan kesedihan cerita cerita kat dungun nie so pagi nie norapikah nak share pasal keadaan kat sini.. jom jom..


sangat heaven bila bangun pagi kau dengar deru ombak pantai.. sangat heaven bila setiap pagi kau tengok sunrise yang sangat mengagumkan diri kau dengan kuasa Tuhan. sangat heaven sepanjang perjalanan ke kelas kau melalui persisiran pantai yang sangat cantik dan time balik dari kelas pon kau tak payah susah susah nak pasang air cond sebab angin pantai dah cukup untuk usir segala tension belajar kau tu.. semua situasi tersebut adalah keadaan seharian - harian norapikah.. 21 tahun hidup memang jauh lagi tak selalu jumpa pantai.. now dapat tinggal di persisiran pantai yang cantik.. ahhh its heaven..


now bila duduk kat sini.. semangat untuk study ada di mana mana.. sebab tak ada entertainment yang melalaikan.. setiap hari aku rasa diri aku bertuah.. even mula-mula aku rasa aku dicampakkan di tempat yang jauh then now setiap hari aku realize dan sangat bersyukur sebab Allah S.W.T beri aku peluang untuk duduk kat tempat yang lebih banyak aku boleh terfikirkan tentang Dia. so setiap hari mesti ada gambar yang aku captured sebab norapikah pulak kan hantu bab bab bergambar nie.. lai lai tengok..



*sunrise in the morning.. about 9.00am



*sunset pada hari pertama norapikah tiba di dungun


*time tengah tunggu bas nak pergi kelas.. just infront af my eyes.. 


kualiti gambar takde la terbaik sangat sebab norapikah pon guna fon kepak ayam je tangkap gambar gambar tu semua.. tangkap bebanyak then upload kat instagram.. hehe.. *tengah menggila kat instagram sekarang.. so anyone yang ada account instagram boleh la try say hye,hello kat norapikah.. just search CikPiko then nanti tersembul la muka norapikah yang tak malu tu promote insta sendiri.. ngehngehngeh. pedulikhapeaku...


rasanya sampai disini dulu la ye.. ada masa kita ketemu lagi.. kali nie bebetul nak study nie.. segregatiouss muchoss till amoree..


-TAMMAT-


Sunday, November 11

setelah sekian lamaa...


Salam bertemu setelah sekian lama tak menulis..


Ahh.. tak sampai dua bulan banyak dah perubahan berlaku.. sampaikan nak tulis new entry pon dah kekok.. application kat sini pon dah bebaru semua.. terima kasih kepada semua yang sudi datang menjenguk blog semak nie.. even dah dekat dua bulan lebih tak ada khabar berita.. tak ada informasi kat sini tapi tetap datang melawat dan tinggal jejak.. arigato haip!


sebenarnya tiap tiap hari rasa nak menaip entri.. banyak cerita yang nak dituliskan tentang kehidupan kat Dungun nie.. cerita sedih.. cerita gembira..  kehidupan sebagai pelajar yang dah lebih matang.. totally different dengan kehidupan sebagai seorang pelajar diploma.. 24 hours non stop kerja.. weekend tak berapa nak ada.. rehat tak tentu.. tapi semuanya diisi dengan kenangan..


hmm rasanya dah penuh berterabur isi yang nak tulis kat entri nie.. minggu nie norapikah penuh dengan common test.. semalam ada paper, harinie ada paper, esok pon ada paper jugak.. so tadi disebabkan tension yang tak terbendung berkeras pujuk hati tuk menaip so terus buka latop and start menulis.. happy nya rasa dapat kembali keep in touch dengan my silent life nie.. free to talk and type anythings yang ada kat dalam hati norapikah.. tak perlu nak kaver sesangat dan tak perlu nak jaga hati sesiapa.. nampak ye disitu ayat yang sangat makan dalam..:D


so norapikah rasa cukup la sebagai perkenalan diri dan pemakluman bahawa norapikah dan blog semak nie masih wujud kat melesia.. hehehee.. hopefully esok masih ada kesempatan nak tulis one more entry or extra kan.. sampai disini dulu.. doakan norpaikah boleh jawab exam dan jumpa lagi esok..<3



- TAMMAT-


Wednesday, September 5

tik tok tik tok...






keghairahan dan KEMALASAN...


terlalu nampak di situ.. KEMALASAN lebih besar daripada keghairahan.. apa yang ghairah apa yang malas nie norapikah oit..


just tinggal beberapa hari nak cecah tanggal 10 September.. otak ghairah nak belajar tapi badan penat nak bekerja.. macam biasa minggu last nie norapikah baru nak setlekan semua benda.. time tu lah nak setlekan borang borang, online pt, minggu nie lah jugak baru nak buat medical checkup, dan dan mak buat kenduri pulak.. nah tanggung sendiri.. standard la melayu kan.. ngehngeh..


banyak benda nak pikir time nak tinggalkan rumah nie.. dengan musim sakit nya.. kucing aku lagi.. eh lupa nak gitaw si putih yang haritu dah mati.. sekarang tinggal si gemuk je dah.. ada plak dua ekor anak kucing yang aku rescue dalam semak samun haritu.. nak tinggal kat mak sorang sorang kesian kat my bidadari tu.. mana larat dia nak layan kekucing tu macam mak kandung dorang nie layan.. nak kemas sangkar, nak kasi susu kat budak dua ekor tu.. aishh tak de makna nye la...


malam semalam ada lagi sekor anak kucing hitam legam orang buang kat depan rumah aku.. bunyi dia punya la bising.. kecomelan dia boleh tahan.. gemuk gedempol lagi tu.. bak kata orang hitam manis.. mampu? nie lagi satu hal.. kebetinaan dia tu membuatkan aku tak mampu nak bela.. kang di isterikan pulak dek si gemuk aku tu.. see dah tetiba aku merepek pasal kucing...


sebenarnya hal tak besar mana norapikah besarkan.. kerja tak banyak mana norapikah banyakkan.. cakap terus terang hati sebenarnya berat nak meninggalkan kampung even dah bosan biol duduk rumah.. tapi nak buat macam mana.. seruan mak ayah.. seruan adik beradik.. seruan my teruna.. seruan saudara mara..


masa berjalan.. norapikah still buat dek je lagi.. jam dok tik tok tik tok.. norapikah still banyak main.. seminggu bagaikan sehari.. marilah membasuhi diri.. rajinlah wahai norapikah.. your future is in your hand.. get it or leave it..


-TAMMAT-



Monday, September 3

SELAMAT HARI RAYA....



Lembap.. memang..
siput.. memang..
ciput.. memang..


semua semua perangai norapikah.. dah dekat dua minggu raya baru terhegeh hegeh nak ucap Selamat Hari Raya.. nasib Syawal ada 30 hari.. kalau tak dah tak berkesempatan nak ucap Selamat Hari Raya kat kawan kawan blogger.. so entri pendek ciput lagi lembap ini adalah ber inti kan hanya sebuah ucapan iaitu..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN GENGS BLOGGER.. AMPUN MAAF DIPINTA SELAMA BLOG SEMAK NI WUJUD JIKA SEANDAINYA MEMUNCULKAN KATA KATA YANG TAK BERAPA ENAK DIDENGARI DAN DIPANDANGI.. SEKIAN UCAPAN PENDEK TULUS DARI HATI..:)





-TAMMAT-



Monday, August 13

Lima puluh enam ringgit TUNAIIIII


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


tengah sesedap urut perut nie norapikah nak ambik kesempatan update sebaris dua.. tapi cakap je sebaris dua.. kejap lagi jadi seperenggan dua.. tak hape.. nama pon blog semak so hape norapikah nak tulis, bia ke lantak..


setidak awal pukul 9.30 pagi bertolak ke KL.. cadangan oleh my bidadari seawal lepas bersahur.. dek kerana kerturunan dalam IC adalah Melayu so lepas sahur adalah pukul 9.30 pagi.. so perjalanan bermula.. 


lalulintas lebuhraya karak agak lenggang.. si kancilketot mula merangkak melepasi tol Gombak sekitar jam 12.00 tengahari.. perut dah menari nari keriangan.. sesampai di simpang masuk menuju ke Pandan Indah sikancilketot membelok kekiri.. otak mula runsing melihat kereta berpusu pusu menghimpit badan sikancilketot.. 


dek kala niat dihati nak pergi memborong di jualan gudang yang tak berapa nak murah norapikah tidak menghiraukan segala dugaan yang mendatang.. dan akhirnya penat dan peluh yang melimpah ruah sahaja yang diterima dek kerana barang semuanya tidak menepati citarasa dan mahal mahal belaka.. perjalanan diteruskan ke Puchong Permai.. sesampai dirumah akak, norapikah terus terbongkang sebelum terjaga dek mesej yang sangat mengumbirakan..



''Dik.. baju dah siap.. dah boleh ambil..''



wooh setelah dekat dua bulan penantian, finally ada khabar berita dari Acik Tina pasal baju raya norapikah.. Acik Tina nie setia jahitkan baju untuk norapikah selama tiga tahun norapikah kat KL.. jahitannya cantik.. orangnya peramah.. apa yang penting bayarannya berpatutan..


so akhir bulan lima haritu norapikah hantar dua pasang baju kat Acik Tina.. Alhamdulillah dia masih terima dengan senyuman even norapikah tengok dah berlonggok longgok kain yang belum dijahit.. Rasa bersalah mula bertamu dihati.. aku dah la bawak kain yang kena jahit lining.. dah la kain lining pon tak beli.. terpaksa mintak Acik Tina belikan..



norapikah pon sedia duit lebih sikit mana tahu kali nie tinggi sikit ke kan upahnya.. tapi apa yang Acik Tina mintak just LIMA PULUH ENAM HENGGET TUNAI... berbaloi ke wahai si penjahit penjahit sekalian.. MASA+PENAT+BULAN PUASA+LINING+KURUNG MODEN+CHIFFON.. tak ke susah nak menjahit nie.. nak tahan lapar dan dahaga lagi.. jadi surirumah sepenuh masa lagi..


tapi ye lah kan.. mungkin rezeki norapikah dapat murah.. tapi norapikah nie jenis mudah kesian.. sesikit nak tachin bila main dengan kudrat orang nie.. norapikah kira pikir logik je la.. norapikah tak mintak harga tu.. tapi dah dia nak kasi kan.. so terima dengan hati terbuka je lah.. Harap harap suatu hari nanti Acik nie dapat bukak kedai jahit sendiri.. muda lagi.. jahit pon kemas cantik je.. mana tahu suatu hari nanti norapikah boleh jadi rakan partner ke kan.. mula dah berangan..



dah habis menulis.. norapikah nak pergi usha mana mana blog ada tepek entry tutorial jahit manik.. nak merasa cantikkan baju and tudung guna kreativiti sendiri.. doakan baju raya norapikah tak hancuss okay..


ada link berkenaan jahit manik tinggal kat kotak komen ye.. papai.. adioss abigoss..



-TAMMAT-



Tuesday, August 7

jari lembik...


lepas berbuka tadi sempat online sekejap.. then ternampak lah bebudak senior jaman sekolah dulu dok bergaduh kan benda nie..





norapikah pon dengan keterujaan nak meruncingkan jari kekonon nak beat la angka diorang yang agak tak logik tu.. so mari lihat 3 pencapaian terbaik norapikah dalam acara 100 meter lari berpagar google nie.. tadaaa


1.

2.




3.





haha sangat tak mengujakan.. norapikah pelik bebenor camne diorang boleh dapat sampai 10.8s.. itu logik lagi sebab maybe la die main dengan kawan dia.. yang sorang lagi tu 0.5s.. memang photoshop habes habesan.. norapikah nak dapatkan score tu pon dah tertonggeng tonggeng dah.. haishh..


so pegi cuba kalau dapat lagi tinggi dari norapikah nanti norapikah bagi hadiah.. hehe..

harap maaf entry takdek idea.. okay adioss abigoss..:D




-TAMMAT-










puas hati tapi cuak...




semalam semalam dulu kan kan...


norapikah dengan geng mak mak iaitu (mak dan mak saudara)ke pasaraya berdekatan mencari bahan bahan kuih raya dan beberapa perkakasan lain..


then ternampak salah satu 'benda' yang paling perempuan takut atau suka.. PENIMBANG.. ada ke orang takut? entahlah.. then apa lagi beratur mengikut ketinggian.. start dengan norapikah dan yang last sekali mak sebab mak paling tinggi antara kami bertiga.. 


pandang kiri pandang kanan.. line clear.. TAPPP! eh camtu ke bunyi penimbang.. dengan jayanya norapikah berjaya menambah berat badan kepada 44Kg.. ohh yeahh.. naik dua kilo selama kira kira tiga bulan duduk dirumah.. puas hati guaa!


tapi... tapi.. tapi... sampai ke hari nie otak sibuk memikirkan sesuatu... barang yang dimaksudkan adalah my baju raya yang ditempah tiga bulan sebelum pulang ke rumah.. agak agak korang ada effect tak? tempat lain tak jadi masalah tetapi yang memeningkan norapikah part dari pinggang ke bawah.. sila jangan imagine beberia ye.. kang ada pulak pakai baju kurung dengan berkainkan kain batik.. =.=''


dan bermula dari saat ini.. mula berdoa agar my tummy tak mengkhianati tuan empunya diri.. geng mak mak semua turun berat badan.. norapikah je yang naik seseorang diri.. takpe lah.. next entry kita bincangkan lagi..




sapusikitsemaksemak : bizi buat kuih raya orang tempah.. next entry baru tepek gambar kuih raya.. tapi kan.. itupun kalau rajin.. adioss abigooss.. :D




-TAMMAT-



Wednesday, August 1

Terima kasih Maz Shafiah Rahaina..


Namanya seindah budi pekerti..

Even tak pernah bertentang mata..
bersua muka..
tapi norapikah dapat merasakan beliau baik orangnya..


petang tadi aku menerima parcel dari Pos Malaysia..
tengok nama memang tak kenal..
otak dah ligat berfikir..


aku menang cabutan bertuah ke..
tapi tak pernah tulis apa apa form rasanya..
ke orang nie salah tempat hantar..
check semula nama, alamat, poskod..
semua betul..


then buka buka norapikah terkezut beruk..
penuh dengan sijil sijil time sekolah dulu..
dari sijil yang penting sampai la sijil yang tak penting..
beberapa keping gambar..
dan beberapa salinan dokumen penting..
musykil pulak..
dari mana datang sesemua nie..


norapikah pon call la semula si penghantar..
dengan nada terharu bercakap dengan tuan empunya diri..
berterima kasih sangat sangat..
susah payah dia poskan sampai kesini..


bila nak pulangkan bayaran dia menolak..
Ya Allah baiknya hati dia...
sanggup kumpulkan sijil sijil tu..
sanggup susah payah pergi pejabat pos nak poskan parcel..
sanggup keluarkan duit sendiri tuk poskan parcel nie.. 
even dia tak pernah kenal insan dungu bernama norapikah nie..
tapi dia tetap menghulurkan bantuan..


Semoga suatu hari norapikah dapat jumpa dengan dia..
semoga Allah SWT permudahkan segala urusan seharian dia..
semoga ada yang menghulurkan bantuan juga dikala dia susah..
semoga segala galanya dalam hidup dia berjalan dengan lancar..
dan yang paling penting
semoga norapikah dapat jadi seperti dia suatu hari nanti..
amin.. amin.. amin..




terima kasih insan bernama MAZ SHAFIAH RAHAINA..



-TAMMAT-


Tuesday, July 31

kesian pulak aku tengok dia nie...


Sedar tak sedar...
dah setahun sebulan STOKEIN pergi..
dan itu juga menunjukkan 
setahun lebih jugak rumah aku tak ada kucing peliharaan..
rasa macam baru semalam aku tulis entri tu..
tapi hakikatnya dah setahun berlalu..


....................situasi pagi tadi


bunyi kreekkk pintu bilik dibuka dari luar..
samar samar aku nampak kelibat wanita berpakaian serba putih..
dia  mengunjukkan aku beg plastik..
dek kerana mata yang masih belum aktif menangkap objek sebenar..
yang hanya aku nampak adalah beg plastik yang sedang dihayunkan di depan mata..
lalu tangan diangkat berat..
ku tonyoh tonyoh menggunakan jari telunjuk kepada objek tersebut..
haiihh lembik..



adakah aku bermimpi..?
camne kang tetiba dalam plastik tu ular...
siapakah wanita lengkap berpakaian putih tersebut..?
jeng jeng jeng...


zraapp.. kain selimut aku ditarik..
mak dah bebel bebel.. 
hoi mengelamun apa..
pebenda la yang awok dok pikir nie dik..
nie mak datang bawak hadiah..


mata terbuka luas..
patut la nampak putih je...
mak pakai telekung rupanya.. hehehe
sekali lagi objek dalam plastik ku tonyoh tonyoh..
mak arahkan aku tengok..


mak haihh..
anak kucing rupanya yang mak aku letak dalam tu..
nasib hidup lagi.. hahaha
mak aku dah tersenyum senyum dah..
dia tahu lepas aku kehilangan stokien punya la aku dah berazam tanak pelihara kucing..
tapi tu ayat mulut je.. 
dalam hati punya la teringin nak ada kucing lagi..
betul lah naluri hati seorang mak tak pernah salah..


seekor anak kucing putih keluar dari plastik tu tadi..
comel...
tapi comot sikit sikit..
tengahari tadi dah siap mandikan dan predicure manicure kan die..
korek telinga cuci mata korek celahcelah kuku..
done..! dah bertambah  lagi comel..
menggigil gigil dia aku dan mak kerjakan...


now dia tengah tidut kat sebelah aku..
sedih pulak aku tengok dia terpisah dari mak dia..
dah la kecik lagi..
badan dia panas je..
bila aku cakap kat mak dia demam..
serta merta mak aku gelakkan aku kuat kuat..
biasalah kucing dik oii memang badannya panas..
tu kata mak aku lah..



tapi aku tetap nak cakap..
aku rasa dia demam rindukan adik beradik n mak die..
tido pon terkejut kejut..
kesian pulak aku tengok dia nie..
apa yang patut aku buat..
pulangkan balik atau terus pelihara je...?


norapikah sentap..
macam tak de harapan lagi je nak pelihara kucing..
k lahh..
need time to think...
bui...







-TAMMAT-





MALAYSIA VS MANCHESTER CITY.. CLAP.! CLAP.! CLAP.!


Baru habis menonton perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Manchester City.. 90 minit yang penuh bermakna.. Even tewas 3-1 but satu game yang norapikah kire fair & lovely, suam suam kuku dan memuaskan hati.. kejadah.. yela tak nak galah pulak pemain pemain Manchester City tu kan.. Gol keeper dia bak kata mak norapikah kena tunduk sebab takut terhantuk kat palang gol.. so adat la pemain Malaysia tak boleh nak extreme sangat.. kihkihkih



So norapikah nak ulas bebanyak pon norapikah takut kena gelak.. Cukup la 90 minit dah dengar pengulas kat tv tu tadi.. Sekalung tahniah kepada semua pemain Malaysia.. Dari kapten sehinggalah ke goalkeeper.. Usaha anda tersangatlah dihargai..



Tak lupa kepada hero Tok Gajah.. hencik Azamuddin Akil a.k.a Alex Lepeh kerana berjaya menjaringkan satu gol saguhati kepada team Malaysia.. Melompat mak ndak nengoknye tadi.. Nyaris nyaris sekotak kurma melompat dalam mulut kome.. hahaha




statement nie memang tak tahan betol.. asal ada bunyi betul la orang nie tulis.. hehehe.. ADAMUDDIN pon boleh..


So pengakhiran bicara hopefully bila dah perform tak ada dah yang nak bukak mulut.. tengah tengah menaip nie norapikah sibuk terpikir apa la si mat ISHAK dan mat CEPLOS tu tengah buat agaknya.. ke dah padam fb dorang sebab teruk kena bidas aritu.. Norapikah sebagai salah seorang peminat nak berpesan kepada peminat peminat yang lain jugak.. professional la sikit bab membidas orang.. paling tak suka peminat yang jenis bila perform dipuji bila tergelincir dicaci.. tak kira la sapa sapa pon peminat Safee Sali ke.. Mat yo ke.. Rajagopal ke.. Adat la main bola ada turun ada naik.. Rezeki bukan tiap tiap hari boleh buat gol.. Bukan tiap tiap hari ada luckk.. Nak sokong jadi macam brader nie.. TAK LALANG TAK GOYANG TAK KENEGERIAN DAN YANG PALING PENTING PROFESSIONAL.. sekian




sebelom penamat mari nie norapikah kepilkan video jaringan tadi yang dicilok cari youtube..:D


-TAMMAT-

Friday, July 20

SALAM RAMADHAN 1433H (PENGUMUMAN)


ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera semuanya.. 



Bermula pada hari esok kita semua umat Islam akan mula berpuasa.. so dikesempatan ini saya cik norapikah binti abdullah ingin merakamkan setinggi tinggi permohonan kemaafan beserta setinggi tinggi penghargaan sekiranya tuan tuan dan puan puan serta rakan rakan di pecebook mahupun blogger tidak menepekkan gambar gambar berunsurkan jenayah pemakanan selama sebulan..


di kesempatan ini juga norapikah ingin merakamkan setinggi tinggi ucapan tahniah ke atas diri sendiri kerana berpeluang menyambut sepenuh penuhnya Ramadhan di rumah terchinta KAMPUNG RELONG KUALA LIPIS PAHANG ( INSYALLAH jikalau dipanjangkan umur )..


tidak lupa kepada insan insan malang yang berada di perantauan.. si telong bergulung.. awang kuda.. cik oling.. abang debak.. mekda...



PADAN MUKA TAK DAPAT POSER KAT RUMAH.. hahaha.. saja nak bagi deme dengki sebenornye..
.
.
.
.
.
MISSION COMPLETE



SELAMAT BERPUASA SEMUA....



-TAMMAT-



Thursday, July 19

UITM DUNGUN BERDENGGUNNGG

Even harini mood aku tak berapa nak okay aku tetap nak share dengan korang semua tentang benda gembira nie.. ye lah kadang kadang norapikah dok frust menonggeng plus tension study... so kat sini la tempat nak lepaskan kemarahan.. then ada jugak blogger blogger yang sangat supportive and kawan kawan yang layan kegilaan aku nie..  so here we go...






nah ambik setepek besar gabak punye nye pun.. Alhamdulillah berkat kesabaran aku menghabiskan Diploma Perakaunan beberapa tahun lepas so inilah hadiahnya untuk aku, famili, teruna serta rakan rakan.. Even aku sendiri pon tak percaya yang UITM nie sanggup merisikokan kampus diorang dengan ambil aku sebagai pelajar.. haha


Doakan aku dapat buat yang terbaik dan cepat cepat habiskan dua tahun setengah (maybe) degree nie.. kalau boleh aku impikan perkara lama tak berulang kembali.. dah tak repeat macam sem 1 time diploma dulu.. terkezuutt tetiba dari engineering masuk ke bidang perakaunan..


aku akan start berada kat sana bermula 10 September 2012.. hopefully segalanya akan berjalan dengan lancar and tak ada problem sepanjang aku kat sana.. berita yang lebih mengembirakan aku dapat jumpa semula dengan teman teman rapat aku dulu.. ainaa.. laila.. daripada sekolah teknik kuantan.. biela.. geng time tahapian dulu.. member kptm mun.. si kecikk kaio yang giler.. syed pon sekali dari plkn then kptm dan skang sekali lagi kami bersua kat uitm dungun..  guide me friends.. hopefully kita sama sama berjaya and sudi beri tunjuk ajar kat norapikah yang lembap lagi kendunguuan nie... 


so sampai sini saja aku menaip.. nak sambung meleleh kejap.. dapat berita gembira ketika hati berlara lara.. okay berjumpa lagi di entri seterusnya.. adiooss abigooss..



-TAMMAT-



Tuesday, July 17

PERKIM.. angguk angguk


berjumpa sekali lagi.. hari nie norapikah menggila taip entri banyak banyak.. tak pe mak tak kisahh.. so apa yang nak diceritakan dalam entri ini adalah berkenaan tahap kedunguuan norapikah yang secara langsung memang pembaca sudah tahu bertahap 6/10 ini.. :D


sekali lagi nak dijadikan cerita pada 22-24 Jun baru baru nie kampung aku mengadakan program anak angkat yang disertai ahli-ahli kelab PERKIM nie.. Oooo.. angguk angguk.. baru tahu rupanya PERKIM nie adalah sejenis kelab atau secara rasmi nama long term nye adalah PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA.. sebelum nie mana lah nak tahu.. masuk U pon tak pernah.. inikan kelab-kelab kat dalam nye pulak kan..


so program kali nie my Bidadari pon take part jugak.. makanya norapikah keEksaitedan melampau sebab first time my Bidadari ambik anak angkat time norapikah ada kat rumah.. sebelum nie aku tengok gambar kat pesbuk je.. mula mula wakil kampung informkan yang setiap rumah dapat enam orang.. so aku ngan mak yo yo ooo la prepare tiga bilik... last last aku balik kerja tengok ada tiga orang je... takpe tetamu datang kita layan..


malam pertama just ada ceramah.. memula norapikah pergi jugak tapi disebabkan kekangan mata yang dah main angkat berat terpaksa beralah.. kalau tak aku tidur tempat kerja la jawabnya..


the next day diorang take part aktiviti bersukan tak salah aku.. disebabkan kerja half day tak dapek den nak nolong haih... sebelah petang nya pulak ingatkan nak join alih alih balik kerja aku tidur sampai petang... my Bidadari siap buat muka sebab aku janji nak bawak dia pergi padang tapi aku bantai tidurr.. i'mm sorryyy... 


so hutang petang dibawa ke malam.. ada persembahan dari peserta peserta program.. boleh tahan.. and paling mengujakan last performance adalah daripada saudara saudara baru.. sumpah tak hengat dunia mereka nyanyi sodapp.. norapikah pulak feeling lelebih... nak share video tapi permasalahannya video tu ada sound sumbang suara sape ntah.. maka share video di cancelkan.. bayangkan je lah sendiri bunyi suara maher zain nyanyi lagu You Raise Me Up... chewahh gitu..

nie lah penyanyinye.. mak yo yo oo nak bergambar dengan dia.. aku layankan je lah..


dan keesokkan harinya seperti biasa.. majlis perpisahan diadakan.. penyampaian hadiah.. dan bersalam salaman.. aku just memandang dari jauh.. dalam hati untungnya lah diorang nie berpeluang dapat join program macam nie.. itsokey next time mana taw ada rezeki aku pulak kan.. hehe.. so pengakhiran cerita ku selitkan sekeping gambar norapikah dan mak abah bersama adik beradik angkat norapikah  ( tak boleh panggil adik or abang sebab sebaya belaka ).. memperkenalkan..




dari kiri : ZULHILMI FIKRI B ARIS ( UITM PAHANG )

MUHAMMAD FAKHRULLAH B MOHD KAMARUDIN ( UIA GOMBAK )
&
MUHAMMAD AMIN B ARIFFIN ( UNIKL MICET )


for me its such a good organization.. ISLAM STANDS FOR UNIVERSAL BROTHERHOOD ryte.. InsyAllah ada peluang masuk U boleh la join pulak kan.. try search THIS LINK for more information about PERKIM.. tak salah kita belajar sambil membantu.. sekian dari norapikah.. 




-TAMMAT-






AKU SEORANG KERANI 'BIASA'


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya...


Finally setelah sekian lama tak update so harinie norapikah nak cantum,himpun dan apa saja perkataan yang sewaktu dengannya tentang 2 bulan norapikah bekerja.. mari bersama sama menghayati kisah and pengalaman baru selama tempoh persembunyian nie..


KERETA TERPAKAI LIPIS
( 16-05-12 - 16-07-12)

Nak dijadikan cerita menyayat hati.. aku bekerja selama dua bulan kat sini.. dengan berbekalkan the kancil ketot seawal 8.00 pagi dah terpacak kat depan office.. Bos aku merupakan seorang chinese.. Tapi mungkin dia berjiwa sedikit keMelayuan so nama company dia memang tak ada langsung huruf bahasa cina.. aku bekerja sebagai seorang kerani biasa sahaja.. namun yang dikatakan BIASA itu menjadi treasure dalam hidup aku.. jadi untuk memendekkan cerita dan tempoh menguap kalian semua mari kita tengok advantages and disadvantages yang dapat aku kumpulkan selama bekerja kat sana :-



ADVANTAGES 



- MOSTLY I LEARNED ABOUT INSURANCE POLICY
At first memang tak ada idea langsung.... Blank.... Dua minggu jugak lah nak cover dan fahamkan empat jenis polisi insurance yang available kat situ.... Calculate and learned bout type of insurance either comprehensive,third party or fire and theft cover.... Nak kenalpasti NCD ( no-claim discount ), loading, insured value/Sum Insured.... Setiap hari different customer yang datang dan different type of cars.... Memang merapu aku nak ingat.... Yang paling senang nak uruskan adalah TOKIO MARINE dan semestinya KURNIA.. Yang susah dan memang last choice aku nak bukak adalah MAA INSURANCE atau sekarang dah tukar nama ZURICH INSURANCE..


- LAIN LAIN URUSAN
Car installment, hire purchase, loan, road tax calculation and payment, how to conduct urusan between bank and customer, bila dah call bank banyak la yang boleh kita tanya sebenarnya.... Ye lah bukan guna prepaid sendiri kan.. At the same time it improve my communication skills.... The best thing adalah kerja dengan chinese nie semua urusan kena on time.... Calculate mesti betul dan cepat.... Average sehari sekurang- kurangnya aku kena uruskan 3-5 kes jual beli kereta dengan different bank.. 5-10 kes roadtax and insurance..  If kerja memuaskan dia akan treat kita macam macam.. 



DISADVANTAGES

Tak perlu nak jelaskan dengan lebih lanjut.... Masalah utama yang aku hadapi kat sini adalah 'kebersihan'.... Bila dah bekerja kat company chinese semestinya korang akan nampak itu anchiingg.... Dan kat sini aku kena buat pembersihan sekali.... Sebab aku lah kerani and aku lah cleaner.... Owh sangat mengujakan.... Cakap lebih lebih tak guna fikir fikirkan lah sendiri.... Masalah lain sememangnya tiada.... Kena marah.... Steady.... Kena maki.... Steady.... Kena tepuk dengan Kuan pon tetap steady.... Tapi kalau betepuk tampar dengan anchhingg memang say kiss goodbye.... Have fun and banyak gilos pelajaran yang boleh aku dapat.... Dan sumpah tak rugi.... Sampai disini sahaja perjalanan hidup kerani aku.... I'll move on to the next stage..


menjadi seorang peniaga berjaya.. doakan Norapikah yea..:D


*kenangan..kihkih..



-TAMMAT-





Friday, April 27

Diploma Perakaunan OUTT!


 


setelah sekian lama norapikah memerah keringat, usaha, mengorbankan waktu tidur, waktu makan, waktu melepas kadang kadang  finally habis jugak fighting untuk mendapatkan diploma seperti tertera di atas.. yup.. semalam dah keluar result untuk final sem.. seperti yang ditonjolkan kat email.. result last sem aku turun tangga sebab norapikah memang dah agak tua masa tu.. okay tipu.. so result norapikah boleh di tenung di bawah...






so GPA : 3.99
dan CGPA : 3.99.5


.
.
.
.

memang norapikah pentipu lagi pembohong.. kebenaran yang dapat diperjelaskan ialah syukur ke hadrat Illahi semuanya lulus walaupun tak berapa cemerlang dengan total pointer berbunyi tiga di hadapan dan sikit bunyi di belakang... sekian itu sahaja... 


tidak lupa jugak ribuan terima kasih kepada my bidadari a.k.a mak aku dan puluhan terima kasih kepada ayah aku... jangan tanya kenapa lain malas nak jawab.. mak.. adik mintak maaf sebab tak dapat cemerlang macam dulu dulu atas kesulitan yang amat dikesali... dengan harapan mak boleh baca apa aku tulis nie.. dan terima kasih kepada abah atas tajaan the kancil ketot untuk aku...


tak lupa jugak kepada my teruna yang telah sekian lama tak muncul namanya dalam blog nie.. sebagai teruna yang memang banyak menyumbangkan tenaga dan sokongan kepada dara, si dara berasa sangat dukacita dan terharu dengan apa yang telah disumbangkan.. 3 tahun you support i dalam apa jua yang i lakukan.. jadah gedik ayat aku.. saya ucapkan ribuan terima kasih sebab jadi abang, ayah, teman lelaki, pak cik, atuk saya dengan memahami kehendak seorang anak,adik cucu,anak sedara yang memerlukan sokongan padu dalam pembelajaran.. sumpah saya tak pernah jumpa lelaki yang mempunyai banyak lol lol macam awak except GARY running man..


tak lupa jugak kepada brader brader dan sister sister norapikah yang banyak menghulurkan duit serta tak lupa kepada my abang ipar a.k.a budak hensem yang selalu meminjamkan kereta WIRALUTION yang memang sumpah laju macam MISITUBISHIY selama aku belajar sementara the kancil ketot buat masalah...


kepada kawan kawan juga walaupun tak ramai yang selalu kena gurau,senda,marah,kekadang maki, perli, dan seadanya ku ucapkan terima kasih dan segala kemaafan.. tengs sebab sudi kawan dengan norapikah the garuda selekeh... 


so mari bersama sama buat kebaikan mendoakan norapikah dapat sambung degree dan dapat kerja dengan mudah sebab norapikah sangat memerlukan duit untuk enjoy.. terima kasih jumpa lagi.. nak sambung buat RP sis Lynie yang tergendala.. bui..*takdek point..





- TAMMAT-



Sunday, April 15

norapikah kembali menyemak




ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEMUANYA..


dah macam rancangan tv nasi lemak kopi o aku punya intro.. setelah sekian lama budak semak menghilang aku muncul kembali mencatat info info yang sememangnya tak penting untuk dibaca.. tu je la kemahiran yang aku ada.. 


so secara general norapikah dah habis final exam untuk last sem bagi diploma.. tak boleh cakap tamat diploma lagi sebab selagi belom keluar result kita tak tahu nasib di hari mendatang.. kang tak pasal malu setepek.. riuh rendah kat orang 'aku dah habis diploma' but at the end of the day nah ambik kau result sangkut satu dua paper... mintak jauh la semua tu kan.. tapi hati minda semua kena prepare sebab ujian kan tak diduga..


so dari situ pon kita dah tahu norapikah mempunyai masa terluang yang sangat besar, banyak, lagi panjang untuk mengecheck blog blog yang sudah lama tidak di terjah.. mencari info info sensasi lagi mendatangkan dosa dosa kecil akibat iri hati.. update yang bakal meloyakan tekak pengunjung serta pembaca.. hopefully la ada orang nak baca kan.. dan tidak lupa jugak cerita cerita karut yang terjadi di sekeliling norapikah selama hidup sebagai dara terlajak takdek keja nak buat nie...


tiba tiba aku rasa superb ngan diri aku sendiri sebab menaip tanpa tekan 'backspace'.. okaylah.. my bidadari dah bising akibat jarum jam sudah menunjukkan pukul 12.58 tapi cahaya lampu bilik masih lagi terang benderang.. so esok aku akan memulakan misi memenuhkan blog untuk tahun 2012..  goodnyte ladies and gentlemen.. adioss..



- TAMMAT-





Sunday, February 26

BIO CYPRESS.. pernah dengar tak..?


cepat angkat tangan siapa yang pernah cuba, pernah minum, pernah terdengar or sebagainya.. aku pon hari jumaat haritu baru dengar, tengok, pegang dan rasa... waaa... jakun jakunnn....


chopp..chopp.. nie bukan kes nak promote macam jus delima haritu.. tapi kalau dah rasa terpromote tu tak pe la kan.. hehe.. just nak mengsharing cerita sahaja.. mana tahu boleh tolong dan jugak beri pendapat untuk bantu orang orang yang memerlukan..


aku pon memula langsung tak ada idea pasal minuman nie.. then, last week my bidadari cerita pum pam pum pam then ada la dah sikit idea.. memula aku ingatkan air zam zam je la.. rupanya lebih daripada itu.. okay first first jom tengok kandungan dalam air nie.. 


KANDUNGAN

-Garam Kristal Hunza ( 84 - 96 mineral )
-Ekstrak Amber Pokok Cypress
-Ekstrak Daun Cypree
-Air Zam Zam
-Hidrogen


amacam... terwowww tak.. erm kalau aku macam belom terwooww sangatlah sebab aku kenal dua benda je kat atas tu.. yang lain semua tak tahu function.. hehe..


takpe aku tambah lagi.. mari kita tengok testimoni minuman nie.. ayat mudah pebenda yang boleh diubati menggunakan minuman nie.. 


DARAH TINGGI ( bacaan 200 ke atas )
KEGAGALAN BUAH PINGGANG
BATU KARANG ( pemecahan batu karang secara berkesan )
SLE ( Systematic Lupus Erimatosus )
TIROID
KANSER
GOUT
JANTUNG/ KOLESTROL
GANGGUAN TENAGA NEGATIF
STRESS
SENDI & KARDIOVASKULAR


yang nie pulak paling sesuai dengan aku adalah yang kedua terakhir.. stress adalah makanan pelajar.. so untuk melawaskannya terpaksa lah aku minum air nie.. hehehe..


meh aku nak cerita.. semalam baring baring ngan mak aku, aku pon kupas la rahsia kenapa la mak ayah aku nie boleh terjebak dengan minuman nie.. lepas tu mak aku pon cerita la perkara sebenar yang berlaku kat mak sedara dan atuk sedara aku..


atuk sedara : dah dekat setahun sakit terbaring je.. means tak boleh bangun langsung.. makan minum orang suapkan dan kadang kadang ada waktu teruk makan guna tiub.. then ayah aku pon hantarkan sebotol demi sebotol suruh nenek sedara aku nie cuba.. lepas habis yang keempat botol, kira nak minum yang kelima botol Alhamdulillah berkat doa dan ikhtiar kami semua atuk sedara aku dah boleh duduk sekarang...


mak sedara : mak sedara aku nie means bukan la dekat sangat tapi memang kira kami satu kampung memang  belaka ada bau bau bacang.. dia ada ketumbuhan dekat perut ke rahim.. camtu la aku pon kurang paham kedudukan ketumbuhan tu sebenarnya.. sebelum nie ketumbuhan tu ada lah besar bola ping pong.. tak tahu besar mana pergi google ye.. and then dia cuba minum air BIO nie Alhamdulillah jugak ketumbuhan dia mengecil just besar biji nangka.. biji nangka ye bukan cempedak goreng.. 


tiba tiba aku bangun dari pembaringan then terus tanya mak aku.. yeke mak!!? mak aku kerut dahi pusing belah lain terus cakap kat aku.. ''punya lah mak cerita ye ye oo dengan kamu boleh tanya ye ke tak pulak.. tak ada keje mak nak menipu kamu tu haih.. tido lagi bagus..'' - baiklah..-.-'


so itu rahsia nya.. norapikah tak tahu lah norapikah yang paling jakun batak ke hapa tapi siapa siapa yang baru tahu tu boleh lah keneng keneng kat orang yang memerlukan di sekeliling korang.. bekalan norapikah tak tahu daripada mana nak dapat.. kalau nak tanya pasal bekalan boleh tinggalkan pesanan di kotak komen.. nanti norapikah tanyakan kat my bidadara.. boleh mencuba if percaya.. InsyAllah untuk kebaikan bersama..





sumber bernama : Norapikah cilok info sesikit dari SINI


okay norapikah dah habis cerita.. nak pergi makan jeruk kelubi kejap.. mak baru buat woo.. sedap..! 




-TAMMAT-





Tuesday, February 14

aku tak tahu nak letak tajuk apa.. tapi yang pasti aku nak maki dia.!


SITUASI 2 MINGGU YANG LEPAS

menangis nangis dia menahan kesakitan.. hendak melahirkan zuriat yang hampir membuatkan perutnya membesar dua kali ganda daripada biasa.. mengendong zuriatnya setelah sekian lama dibawa kesana kemari.. dari jauh kelihatan ramai mata yang memandang.. mungkin menganggu pendengaran mereka.. renungan tajam dari celah gril gril besi yang tertutup rapat.. mungkin marah kerana berbunyi bising di pendengaran mereka.. pandangan dari arah tangga yang tajam menikam.. mungkin pelik dengan perubahan diriku yang ketara.. ingin meminta bantuan takut jika tersalah bertemu dengan musuh durjana yang bakal menyakiti diri aku.. menyakiti zuriat yang bakal aku lahirkan.. demi kebaikan kami ku tahan juga rasa sakit ini bersendirian..


Syukur.. aku berjaya melahirkan 3 cahaya mata yang sangat comel.. walaupun mereka dilahirkan di tempat yang kurang selesa dan kotor tapi itu semua tidak penting.. apa yang pasti mereka lahir dengan selamat.. kugagahkan diri mencari tempat perlindungan yang lebih teratur dari tempat kelahiran mereka.. tempat untuk anak anakku berlindung dari panas dan hujan.. tempat yang jauh dari ancaman pemangsa lain.. tempat yang lebih elok untuk anak- anakku bermain apabila mata mereka celik.. tempat yang bakal menjadikan mereka tidak hidup seperti aku.. hidup sebagai seorang perempat..!


sehari demi sehari aku melihat anak anakku berjalan kesana kemari di tempat persembunyian kami bagi mencari kawasan yang panas untuk mendapatkan haba..berdampingan, tindih menindih sesama mereka.. mengelak dari berasa sejuk.. kadang kadang aku tersenyum simpul dengan keletah mereka yang masih belum celik mata.. kasihan juga ada... namun apakan daya aku harus mencari makanan untuk kekuatan diriku juga bekalan susu untuk mereka meneruskan hidup serta membesar.. setiap hari apabila aku pulang mesti anak anakku tidak ada di tempat yang aku tinggalkan.. aku menangis dan menjerit mencari mereka dengan harapan anak-anakku masih berada di kawasan terdekat.. kejam sungguh mereka yang membuang mereka.. salahkah aku menumpangkan mereka hanya seketika di situ.. hanya untuk menunggu mata mereka celik sebelum mereka dapat melihat suatu hari nanti.. apakah salah mereka..!! rintih aku didalam hati..


Tuhan masih sayangkan hubungan kami.. aku masih bertemu dengan anak anakku walaupun sudah berapa kali kami dipisahkan.. sehinggakan pada suatu hari kami dibenarkan sendiri oleh sepasang suami isteri untuk tinggal dihadapan rumah mereka.. mereka memberikan kami sebuah kotak yang beralaskan sepasang kain yang bersih dan selesa buat anak anakku mencari haba.. tidak terkata di hatiku.. mulia sungguh hatimu wahai saudara.. hatiku sayu sehingga tidak dapat mengeluarkan kata kata..


14 FEBRUARI 2012

Hujan mencurah curah menghempap bumi.. aku yang tersekat di bangunan bersebelahan dengan tempat kami tinggal hanya mampu berdoa agar anak anakku selamat berada di dalam kotak.. berdoa agar mereka tidak basah ditimpa hujan.. berdoa agar anak anakku yang baru sahaja celik melihat dunia tidak takut dengan petir yang sambar menyambar.. 


hari sudah semakin gelap.. aku terpaksa berlari di dalam hujan yang sudah sedikit renyai demi anak anakku.. untuk sampai di tempat anak anakku sebelum malam.. dari jauh kedengaran bunyi anak anakku menangis dan menjerit ketakutan.. Ya Allah.. sayunya hatiku... aku berlari sepantas mungkin.. namun.. kerisauan hatiku betul betul membawa petanda buruk.. di mana anakku si hitam.. aku berlari lari ke kawasan sekitar mengharapkan si hitam berada berdekatan.. aku menjerit sekuat hati supaya si hitam dengar bahawa aku datang untuk menyelamatkan dia..  Si Hitam Zuriatku! Di mana kau nak!


hati aku semakin sayu apabila tiada langsung sayup sayup sahutan SI HITAM.. setitis demi setitis air mataku mengalir.. hanya hati mampu berdoa selamatkanlah anakku... setelah menidurkan si kelabu dan si coklat aku pon meneruskan pencarian si hitam... dari jauh kelihatan dua orang kanak kanak kecil iaitu anak jiran tuan ku datang menghala ke arah aku.. dia menatang sesuatu! si kecil menangis teresak esak.. si kakak yang membawa sesuatu tadi juga menangis tersedu sedu.. apakah yang bakal aku lihat ini...


perlahan lahan diletakkan di depan aku tubuh kecil si hitam.. mengalir darah dari hidung, telinga juga mulutnya.. Ya Allah.. apa dah jadi dengan kau nak..!!! aku mengusap perlahan lahan kepala si hitam..sakitnya kau nak..!! darah yang masih basah aku sapu perlahan lahan.. aku cium dahi si hitam yang basah terkena hujan.. aku gerakkan badan si hitam dengan kepalaku sendiri.. namun.... si hitam langsung tidak bergerak.. kau dah pergi nakk! kau pergi tanpa jumpa ibumu nak...! siapa yang buat kau camnie nak...! aku menjerit kesedihan..


sayup sayup aku lihat tuan aku juga anak anaknya menangis.. si kecil dua orang yang membawa Si hitam tadi bercerita sesuatu kepada tuan ku.. katanya anakku di campak dari tingkat 8 ke bawah oleh seorang kanak kanak lelaki.. aku tidak mampu mendengar lagi apa yang bakal mereka ceritakan lebih lanjut.. aku tidak dapat bayangkan ketakutan si hitam yang jatuh dari tingkat 8 ke bawah.. anakku yang masih baru mencelikkan mata melihat dunia jatuh dari tempat setinggi itu.. Ya Allah.! kejamnya kau manusia..! hanya itu yang mampu aku ucapkan..

pergilah nak... moga kau jauh dari manusia yang boleh menyakitkan kau lagi suatu hari nanti....



- TAMMAT- 


p/s: aku a.k.a norapikah yang sebenar bukan watak kucing... dah tak sanggup nak menulis lagi.. air mata dah laju betul dah mengalir...  tapi ini adalah perkara benar yang terjadi kepada salah seekor anak kucing yang aku baru je bercadang nak pelihara.. aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam paham dengan apa yang ibu kucing tu rasa.. semalam seharian aku termenung bila dapat tahu benda nie.. aku tak tahu anak siapa yang memang tak ada hati perikemanusiaan tu.. kecil kecil sudah membunuh.. tapi aku tetap doakan dia membesar jadi orang yang berguna.. aku kenal siapa mak bapaknya and aku tahu macam mana perangai mak bapaknya dengan manusia lain.. aku just mengharapkan anaknya tak mengikut jejak langkah mak bapaknya.. and lastly aku harap minggu depan aku balik sana aku tak jumpa budak nie.. kalau aku jumpa memang aku kasi penerajang sekali...!!! argghhh manganggg lah!


moral : ajar lah anak anak @ bakal anak anak korang erti perikebinatangan.. even kucing tu bukan manusia ofcosly tapi kucing tu tetap benda bernyawa.. the end...teary..='(







yang kaler hitam tu la kucingnya.. yang atas bukan yang bawah..='(



this one si kelabu.. time mata belom celik



tu si hitam lagi.. semoga rohnya dicucuri di atas sana... :'((






Sunday, February 12

improvement...full energy..!!


final sem.. dah boleh diibaratkan serupa macam killer stage dalam cycle life student..kau tak potong dia,dia akan potong kau..  kemain bercycle bagai.. dah tak payah intro bebanyak.. meh sini norapikah nak cerita..


sebulan dua nie memang norapikah lesu, tensen, selekeh, mamai, tak bermaya, dan seangakatan dengannya.. nie semua adalah penangan final report yang tak berapa nak memberansangkan.. class yang tak berapa nak pergi akibat terlajak perahu boleh diundur terlajak tido apa kan daya tak boleh nak di tepis.. sebagai hadiah kepada situasi di atas adalah selama 6 sem guwa belajar, sem keenam jugak first tyme guwa dapat warning letter... tambahan pula result test 1 yang amat mendukacitakan tangan yang menulis jawapan, otak yang memproses idea dan tidak dilupakan mata yang menahan mengantuk time jawab test.. amacam nampak tak ketidak senonohan pembelajaran norapikah pada sem ini..


tapi tak pe.. final report dah hantar.. seminggu nie attendance class dah rapi terjaga.. siap time kelas tambahan hujung minggu norapikah sampai awal dari lecturer.. *ke sebab lecturer sangkut jam.. tak kesah la tu yang penting no more telur ayam dekat nama norapikah.. no more kengkawan guwa cakap 'eh kau dah macam tadek udara dalam badan dah aku tengok..' pernah tak pernah norapikah nak study, pagi tadi bangun norapikah bukak buku buat soalan latihan satu dua... nampak.. rahsia improvement dari low energy norapikah kepada terus full energy guwa cakap sama lu..


so norapikah tanak simpan kepit dediam sengsorang apa rahsianya.. nak jugak berkongsi dengan rerakan sekalian.. mana tahu nanti kita belajar dapat dekan sesama.. dapat input semua yang berguna.. biar otak cepat bergerak.. badan laju bejalan dulu dari saiitonn yang menghasut suruh tak payah pergi class.. banyak sangat benefit yang dapat daripada 'rahsia' yang norapikah cuba nie..


JUS DELIMA GULSAN.. tak perlu campak sampai 50 hengget pon kat depan mata norapikah nak dapatkan sebotol jus nie.. tak payah guna kalkulator nak kira dua tiga kali nak invest untuk kesihatan.. student ye lah kan memang kadang kadang berfikir banyak kali nak invest untuk kesihatan contoh macam nak beli vitamin nie kang mahal.. tu pon ikut standard vitamin jenis apa pulak.. nak beli innershine, pati ayam brand kang lagi lah rabak poket..


banyak sangat benefit nya.. nie norapikah nak share pengalaman sendiri lah senang.. nak tulis proper proper jap lagi siapa nak baca kan.. memula memang norapikah takut nak cuba.. kang minum apa pulak kata perut.. takut sangat bad effect kat badan.. so norapikah kasi my sis cuba dulu.. dia berbadan besar and mudah sangat letih, pening, dan asyik nak tidur je.. then norapikah cakap kat dia try dulu satu sudu dua kali sehari iaitu time pagi dan malam.. before that mesti makan untuk alas perut dulu baru minum jus nie..


after seminggu dia ada telefon norapikah.. setakat tu ada la dia cakap sakit kat beberapa part badan.. means tadek la sakit sampai berguling guling.. macam lenguh lenguh kat beberapa part badan je la.. apa yang terjadi kat my sis tu betul betul sama macam penerangan yang norapikah dengar time memula beli jus tu.. kalau kita ada penyakit memang kita akan rasa sakit kat tempat tempat tertentu.. sebab jus nie dia kira macam lawan dengan penyakit tu then dia akan betulkan la peredaran darah nak improve penyakit tersebut.. then norapikah pon suruh dia minum dua sudu untuk dua kali sehari pulak..bila norapikah dah dengar camtu apa lagi.. terus lah try jugak


sekarang dia dah guna dekat sebulan lebih and norapikah dekat sebulan.. dan apa yang norapikah dengar dari dia semuannya good effects belaka.. badan dah tak letih, rasa ringan je katanya sebab memang lawas sangat perkumuhan dalam badan kami.. senang cerita kenormalan pembuangan tu jadi macam superb.. makan lunch keluar petang.. makan dinner keluar pagi.. amboi.. bersenang lenang perut bekerja.. dan yang paling penting and mujarab my sis dah lost weight 1kg setakat ini dan norapikah belom pergi timbang.. Alhamdulillah semuanya berkat dari Tuhan...


selain boleh kuruskan badan kita boleh jugak guna untuk kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran.. lagi lagi kulit orang kampung macam norapikah nie.. nak pergi spa spa macam orang lain tak mampu.. nak pergi facial muka buat hilang jerawat licin licin lagilah ntah bila kan.. so kita mula lah penjagaan dari dalam je.. moga moga suatu hari nanti dapat lah nak cantik macam orang lain jugak kan.. hehe..


so da bercerita panjang lebar nie marilah norapikah nak tunjukkan macam mana rupa  jus delima gulsan nie..


nie lah ghopenya..


yang sebelah tu lebihan yang norapikah minum.. yang kanan tu stock bakal masuk perut 


Harga : RM 35 exclude postage (*beli 3 botol keatas harga boleh dirunding)
sebarang pertanyaan sila tinggalkan di bawah ye.. (*komen or pm fb pon bolehh)


so kalau sesiapa nak mencuba or nak cadangkan kepada adik, abang, kakak, mak ayah,kawan kawan, lecturer,bopren,gepren, boleh lah tinggalkan komen dibawah.. norapikah akan buat penerangan yang lebih lanjut dalam entry yang lain kalau ramai yang respond.. ramai dah kawan kawan terdekat yang dah cuba jus nie.. Alhamdulillah setakat nie semuanya tadek bad effect lagi.. kita hanya mencuba, selainnya atas kehendak Yang Maha Esa.. Wallahualam




-TAMMAT-