Monday, August 13

Lima puluh enam ringgit TUNAIIIII


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


tengah sesedap urut perut nie norapikah nak ambik kesempatan update sebaris dua.. tapi cakap je sebaris dua.. kejap lagi jadi seperenggan dua.. tak hape.. nama pon blog semak so hape norapikah nak tulis, bia ke lantak..


setidak awal pukul 9.30 pagi bertolak ke KL.. cadangan oleh my bidadari seawal lepas bersahur.. dek kerana kerturunan dalam IC adalah Melayu so lepas sahur adalah pukul 9.30 pagi.. so perjalanan bermula.. 


lalulintas lebuhraya karak agak lenggang.. si kancilketot mula merangkak melepasi tol Gombak sekitar jam 12.00 tengahari.. perut dah menari nari keriangan.. sesampai di simpang masuk menuju ke Pandan Indah sikancilketot membelok kekiri.. otak mula runsing melihat kereta berpusu pusu menghimpit badan sikancilketot.. 


dek kala niat dihati nak pergi memborong di jualan gudang yang tak berapa nak murah norapikah tidak menghiraukan segala dugaan yang mendatang.. dan akhirnya penat dan peluh yang melimpah ruah sahaja yang diterima dek kerana barang semuanya tidak menepati citarasa dan mahal mahal belaka.. perjalanan diteruskan ke Puchong Permai.. sesampai dirumah akak, norapikah terus terbongkang sebelum terjaga dek mesej yang sangat mengumbirakan..



''Dik.. baju dah siap.. dah boleh ambil..''



wooh setelah dekat dua bulan penantian, finally ada khabar berita dari Acik Tina pasal baju raya norapikah.. Acik Tina nie setia jahitkan baju untuk norapikah selama tiga tahun norapikah kat KL.. jahitannya cantik.. orangnya peramah.. apa yang penting bayarannya berpatutan..


so akhir bulan lima haritu norapikah hantar dua pasang baju kat Acik Tina.. Alhamdulillah dia masih terima dengan senyuman even norapikah tengok dah berlonggok longgok kain yang belum dijahit.. Rasa bersalah mula bertamu dihati.. aku dah la bawak kain yang kena jahit lining.. dah la kain lining pon tak beli.. terpaksa mintak Acik Tina belikan..



norapikah pon sedia duit lebih sikit mana tahu kali nie tinggi sikit ke kan upahnya.. tapi apa yang Acik Tina mintak just LIMA PULUH ENAM HENGGET TUNAI... berbaloi ke wahai si penjahit penjahit sekalian.. MASA+PENAT+BULAN PUASA+LINING+KURUNG MODEN+CHIFFON.. tak ke susah nak menjahit nie.. nak tahan lapar dan dahaga lagi.. jadi surirumah sepenuh masa lagi..


tapi ye lah kan.. mungkin rezeki norapikah dapat murah.. tapi norapikah nie jenis mudah kesian.. sesikit nak tachin bila main dengan kudrat orang nie.. norapikah kira pikir logik je la.. norapikah tak mintak harga tu.. tapi dah dia nak kasi kan.. so terima dengan hati terbuka je lah.. Harap harap suatu hari nanti Acik nie dapat bukak kedai jahit sendiri.. muda lagi.. jahit pon kemas cantik je.. mana tahu suatu hari nanti norapikah boleh jadi rakan partner ke kan.. mula dah berangan..



dah habis menulis.. norapikah nak pergi usha mana mana blog ada tepek entry tutorial jahit manik.. nak merasa cantikkan baju and tudung guna kreativiti sendiri.. doakan baju raya norapikah tak hancuss okay..


ada link berkenaan jahit manik tinggal kat kotak komen ye.. papai.. adioss abigoss..



-TAMMAT-



5 comments:

man said...

slmt hari raya..dapat baju baru ye..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

zulhilmi tempoyak said...

selamat hari hari di hari raya ye.. :D

♥ Cik Zack ♥ said...

ooo padanlaa cntik bju rye dye. dua bulan sblum kot. lamaa tuuu. huhuhu

piko said...

@man : selamat hari raya jgk.. :))

@zulhilmi : selamat hari raya zul..:D

piko said...

@kakzCantik : haha.. ada ada je la.. nie namanya pilih jalan selamat..:D