Friday, October 7

3 saat je perlu baca..


Mungkin ada yang pernah baca kisah nie.. tapi tak salah kan kalau kita ingatkan sekali lagi... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...Bayangkan benda ini berlaku pada anda..

Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah... Tibe-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam..tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... Lalu salah seorang lelaki itu bertempik..'' Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu..."..Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri... Daripada jumlah yang 1000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam itu.. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata '' Oh Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang sudah bolehlah Pak Imam memulakan sembahyang Jumaat..''.. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.. macam mana.? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas.. Selain terhibur anda fikirkanlah...

''Lawak kan, dari 1000 orang yang mengaku dia Islam, hanya 20 yang betul-betul BERIMAN..''

''Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah melupakan ALLAH bila menghadapi bahaya.. Kedua lelaki hanya membawa mesin gun.. Dia langsung tidak mengatakan bahawa mereka datang untuk membunuh mereka semua.. Tapi generasi sekarang... amat lemah... Baru kena ugut terus lari lintang pukang.. Lupa yang dia tidak bersembahyang Jumaat lagi..''

'' Lawak, ada juga agamanya cuma seminggu sahaju.. Tu pun bila time sembahyang Jumaat.. tunjuk muka kat orang kampung.. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa... Bila tibanya sembahyang raya ataupun musim peperiksaan.."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis surat khabar serta kejadian rekaan dalam filem filem daripada apa yang tercatit dalam Al- Quran.."

''Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba lumba mengejar dunia.."

''Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend and girlfriend berjam-jam tapi nak berdoakepada ALLAH alahai.... Tak cukup masa..."

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel artikel yang berunsur agama.. Lawak KAN..?? kenapa..??

Tapi yang paling lawak sekali.. Berapa orang yang sanggup lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain.. berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca..? Berapa banyak.? Wallahualam...Sebarkanlah.. Tak perlu minta izin..moga bermanfaat..


peringatan tuk diri sendiri dan untuk orang yang sudi baca..


source : member fb...

-TAMMAT-



4 comments:

aamalinaazman said...

=]
terima kasih atas nasihat ini

lisa min said...

kini islam hanya pada nama. islam datang secara asing. akhirnya juga akan asing.

Khairol said...

hati aku hitam lagi. bsok2 aku bersihkan. =)

piko said...

aimie : sama sama..:))

lisa : kan kan.. hati nak berubah tapi dah iblis lebih menguasai diri macam mana..lemah iman.-.-

ciken : lambat o cpat tak pe yg penting ada niat.. syukur..:D