Tuesday, July 31

kesian pulak aku tengok dia nie...


Sedar tak sedar...
dah setahun sebulan STOKEIN pergi..
dan itu juga menunjukkan 
setahun lebih jugak rumah aku tak ada kucing peliharaan..
rasa macam baru semalam aku tulis entri tu..
tapi hakikatnya dah setahun berlalu..


....................situasi pagi tadi


bunyi kreekkk pintu bilik dibuka dari luar..
samar samar aku nampak kelibat wanita berpakaian serba putih..
dia  mengunjukkan aku beg plastik..
dek kerana mata yang masih belum aktif menangkap objek sebenar..
yang hanya aku nampak adalah beg plastik yang sedang dihayunkan di depan mata..
lalu tangan diangkat berat..
ku tonyoh tonyoh menggunakan jari telunjuk kepada objek tersebut..
haiihh lembik..



adakah aku bermimpi..?
camne kang tetiba dalam plastik tu ular...
siapakah wanita lengkap berpakaian putih tersebut..?
jeng jeng jeng...


zraapp.. kain selimut aku ditarik..
mak dah bebel bebel.. 
hoi mengelamun apa..
pebenda la yang awok dok pikir nie dik..
nie mak datang bawak hadiah..


mata terbuka luas..
patut la nampak putih je...
mak pakai telekung rupanya.. hehehe
sekali lagi objek dalam plastik ku tonyoh tonyoh..
mak arahkan aku tengok..


mak haihh..
anak kucing rupanya yang mak aku letak dalam tu..
nasib hidup lagi.. hahaha
mak aku dah tersenyum senyum dah..
dia tahu lepas aku kehilangan stokien punya la aku dah berazam tanak pelihara kucing..
tapi tu ayat mulut je.. 
dalam hati punya la teringin nak ada kucing lagi..
betul lah naluri hati seorang mak tak pernah salah..


seekor anak kucing putih keluar dari plastik tu tadi..
comel...
tapi comot sikit sikit..
tengahari tadi dah siap mandikan dan predicure manicure kan die..
korek telinga cuci mata korek celahcelah kuku..
done..! dah bertambah  lagi comel..
menggigil gigil dia aku dan mak kerjakan...


now dia tengah tidut kat sebelah aku..
sedih pulak aku tengok dia terpisah dari mak dia..
dah la kecik lagi..
badan dia panas je..
bila aku cakap kat mak dia demam..
serta merta mak aku gelakkan aku kuat kuat..
biasalah kucing dik oii memang badannya panas..
tu kata mak aku lah..



tapi aku tetap nak cakap..
aku rasa dia demam rindukan adik beradik n mak die..
tido pon terkejut kejut..
kesian pulak aku tengok dia nie..
apa yang patut aku buat..
pulangkan balik atau terus pelihara je...?


norapikah sentap..
macam tak de harapan lagi je nak pelihara kucing..
k lahh..
need time to think...
bui...







-TAMMAT-





MALAYSIA VS MANCHESTER CITY.. CLAP.! CLAP.! CLAP.!


Baru habis menonton perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Manchester City.. 90 minit yang penuh bermakna.. Even tewas 3-1 but satu game yang norapikah kire fair & lovely, suam suam kuku dan memuaskan hati.. kejadah.. yela tak nak galah pulak pemain pemain Manchester City tu kan.. Gol keeper dia bak kata mak norapikah kena tunduk sebab takut terhantuk kat palang gol.. so adat la pemain Malaysia tak boleh nak extreme sangat.. kihkihkih



So norapikah nak ulas bebanyak pon norapikah takut kena gelak.. Cukup la 90 minit dah dengar pengulas kat tv tu tadi.. Sekalung tahniah kepada semua pemain Malaysia.. Dari kapten sehinggalah ke goalkeeper.. Usaha anda tersangatlah dihargai..



Tak lupa kepada hero Tok Gajah.. hencik Azamuddin Akil a.k.a Alex Lepeh kerana berjaya menjaringkan satu gol saguhati kepada team Malaysia.. Melompat mak ndak nengoknye tadi.. Nyaris nyaris sekotak kurma melompat dalam mulut kome.. hahaha




statement nie memang tak tahan betol.. asal ada bunyi betul la orang nie tulis.. hehehe.. ADAMUDDIN pon boleh..


So pengakhiran bicara hopefully bila dah perform tak ada dah yang nak bukak mulut.. tengah tengah menaip nie norapikah sibuk terpikir apa la si mat ISHAK dan mat CEPLOS tu tengah buat agaknya.. ke dah padam fb dorang sebab teruk kena bidas aritu.. Norapikah sebagai salah seorang peminat nak berpesan kepada peminat peminat yang lain jugak.. professional la sikit bab membidas orang.. paling tak suka peminat yang jenis bila perform dipuji bila tergelincir dicaci.. tak kira la sapa sapa pon peminat Safee Sali ke.. Mat yo ke.. Rajagopal ke.. Adat la main bola ada turun ada naik.. Rezeki bukan tiap tiap hari boleh buat gol.. Bukan tiap tiap hari ada luckk.. Nak sokong jadi macam brader nie.. TAK LALANG TAK GOYANG TAK KENEGERIAN DAN YANG PALING PENTING PROFESSIONAL.. sekian




sebelom penamat mari nie norapikah kepilkan video jaringan tadi yang dicilok cari youtube..:D


-TAMMAT-

Friday, July 20

SALAM RAMADHAN 1433H (PENGUMUMAN)


ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera semuanya.. 



Bermula pada hari esok kita semua umat Islam akan mula berpuasa.. so dikesempatan ini saya cik norapikah binti abdullah ingin merakamkan setinggi tinggi permohonan kemaafan beserta setinggi tinggi penghargaan sekiranya tuan tuan dan puan puan serta rakan rakan di pecebook mahupun blogger tidak menepekkan gambar gambar berunsurkan jenayah pemakanan selama sebulan..


di kesempatan ini juga norapikah ingin merakamkan setinggi tinggi ucapan tahniah ke atas diri sendiri kerana berpeluang menyambut sepenuh penuhnya Ramadhan di rumah terchinta KAMPUNG RELONG KUALA LIPIS PAHANG ( INSYALLAH jikalau dipanjangkan umur )..


tidak lupa kepada insan insan malang yang berada di perantauan.. si telong bergulung.. awang kuda.. cik oling.. abang debak.. mekda...



PADAN MUKA TAK DAPAT POSER KAT RUMAH.. hahaha.. saja nak bagi deme dengki sebenornye..
.
.
.
.
.
MISSION COMPLETE



SELAMAT BERPUASA SEMUA....



-TAMMAT-



Thursday, July 19

UITM DUNGUN BERDENGGUNNGG

Even harini mood aku tak berapa nak okay aku tetap nak share dengan korang semua tentang benda gembira nie.. ye lah kadang kadang norapikah dok frust menonggeng plus tension study... so kat sini la tempat nak lepaskan kemarahan.. then ada jugak blogger blogger yang sangat supportive and kawan kawan yang layan kegilaan aku nie..  so here we go...






nah ambik setepek besar gabak punye nye pun.. Alhamdulillah berkat kesabaran aku menghabiskan Diploma Perakaunan beberapa tahun lepas so inilah hadiahnya untuk aku, famili, teruna serta rakan rakan.. Even aku sendiri pon tak percaya yang UITM nie sanggup merisikokan kampus diorang dengan ambil aku sebagai pelajar.. haha


Doakan aku dapat buat yang terbaik dan cepat cepat habiskan dua tahun setengah (maybe) degree nie.. kalau boleh aku impikan perkara lama tak berulang kembali.. dah tak repeat macam sem 1 time diploma dulu.. terkezuutt tetiba dari engineering masuk ke bidang perakaunan..


aku akan start berada kat sana bermula 10 September 2012.. hopefully segalanya akan berjalan dengan lancar and tak ada problem sepanjang aku kat sana.. berita yang lebih mengembirakan aku dapat jumpa semula dengan teman teman rapat aku dulu.. ainaa.. laila.. daripada sekolah teknik kuantan.. biela.. geng time tahapian dulu.. member kptm mun.. si kecikk kaio yang giler.. syed pon sekali dari plkn then kptm dan skang sekali lagi kami bersua kat uitm dungun..  guide me friends.. hopefully kita sama sama berjaya and sudi beri tunjuk ajar kat norapikah yang lembap lagi kendunguuan nie... 


so sampai sini saja aku menaip.. nak sambung meleleh kejap.. dapat berita gembira ketika hati berlara lara.. okay berjumpa lagi di entri seterusnya.. adiooss abigooss..



-TAMMAT-



Tuesday, July 17

PERKIM.. angguk angguk


berjumpa sekali lagi.. hari nie norapikah menggila taip entri banyak banyak.. tak pe mak tak kisahh.. so apa yang nak diceritakan dalam entri ini adalah berkenaan tahap kedunguuan norapikah yang secara langsung memang pembaca sudah tahu bertahap 6/10 ini.. :D


sekali lagi nak dijadikan cerita pada 22-24 Jun baru baru nie kampung aku mengadakan program anak angkat yang disertai ahli-ahli kelab PERKIM nie.. Oooo.. angguk angguk.. baru tahu rupanya PERKIM nie adalah sejenis kelab atau secara rasmi nama long term nye adalah PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA.. sebelum nie mana lah nak tahu.. masuk U pon tak pernah.. inikan kelab-kelab kat dalam nye pulak kan..


so program kali nie my Bidadari pon take part jugak.. makanya norapikah keEksaitedan melampau sebab first time my Bidadari ambik anak angkat time norapikah ada kat rumah.. sebelum nie aku tengok gambar kat pesbuk je.. mula mula wakil kampung informkan yang setiap rumah dapat enam orang.. so aku ngan mak yo yo ooo la prepare tiga bilik... last last aku balik kerja tengok ada tiga orang je... takpe tetamu datang kita layan..


malam pertama just ada ceramah.. memula norapikah pergi jugak tapi disebabkan kekangan mata yang dah main angkat berat terpaksa beralah.. kalau tak aku tidur tempat kerja la jawabnya..


the next day diorang take part aktiviti bersukan tak salah aku.. disebabkan kerja half day tak dapek den nak nolong haih... sebelah petang nya pulak ingatkan nak join alih alih balik kerja aku tidur sampai petang... my Bidadari siap buat muka sebab aku janji nak bawak dia pergi padang tapi aku bantai tidurr.. i'mm sorryyy... 


so hutang petang dibawa ke malam.. ada persembahan dari peserta peserta program.. boleh tahan.. and paling mengujakan last performance adalah daripada saudara saudara baru.. sumpah tak hengat dunia mereka nyanyi sodapp.. norapikah pulak feeling lelebih... nak share video tapi permasalahannya video tu ada sound sumbang suara sape ntah.. maka share video di cancelkan.. bayangkan je lah sendiri bunyi suara maher zain nyanyi lagu You Raise Me Up... chewahh gitu..

nie lah penyanyinye.. mak yo yo oo nak bergambar dengan dia.. aku layankan je lah..


dan keesokkan harinya seperti biasa.. majlis perpisahan diadakan.. penyampaian hadiah.. dan bersalam salaman.. aku just memandang dari jauh.. dalam hati untungnya lah diorang nie berpeluang dapat join program macam nie.. itsokey next time mana taw ada rezeki aku pulak kan.. hehe.. so pengakhiran cerita ku selitkan sekeping gambar norapikah dan mak abah bersama adik beradik angkat norapikah  ( tak boleh panggil adik or abang sebab sebaya belaka ).. memperkenalkan..




dari kiri : ZULHILMI FIKRI B ARIS ( UITM PAHANG )

MUHAMMAD FAKHRULLAH B MOHD KAMARUDIN ( UIA GOMBAK )
&
MUHAMMAD AMIN B ARIFFIN ( UNIKL MICET )


for me its such a good organization.. ISLAM STANDS FOR UNIVERSAL BROTHERHOOD ryte.. InsyAllah ada peluang masuk U boleh la join pulak kan.. try search THIS LINK for more information about PERKIM.. tak salah kita belajar sambil membantu.. sekian dari norapikah.. 




-TAMMAT-






AKU SEORANG KERANI 'BIASA'


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya...


Finally setelah sekian lama tak update so harinie norapikah nak cantum,himpun dan apa saja perkataan yang sewaktu dengannya tentang 2 bulan norapikah bekerja.. mari bersama sama menghayati kisah and pengalaman baru selama tempoh persembunyian nie..


KERETA TERPAKAI LIPIS
( 16-05-12 - 16-07-12)

Nak dijadikan cerita menyayat hati.. aku bekerja selama dua bulan kat sini.. dengan berbekalkan the kancil ketot seawal 8.00 pagi dah terpacak kat depan office.. Bos aku merupakan seorang chinese.. Tapi mungkin dia berjiwa sedikit keMelayuan so nama company dia memang tak ada langsung huruf bahasa cina.. aku bekerja sebagai seorang kerani biasa sahaja.. namun yang dikatakan BIASA itu menjadi treasure dalam hidup aku.. jadi untuk memendekkan cerita dan tempoh menguap kalian semua mari kita tengok advantages and disadvantages yang dapat aku kumpulkan selama bekerja kat sana :-



ADVANTAGES 



- MOSTLY I LEARNED ABOUT INSURANCE POLICY
At first memang tak ada idea langsung.... Blank.... Dua minggu jugak lah nak cover dan fahamkan empat jenis polisi insurance yang available kat situ.... Calculate and learned bout type of insurance either comprehensive,third party or fire and theft cover.... Nak kenalpasti NCD ( no-claim discount ), loading, insured value/Sum Insured.... Setiap hari different customer yang datang dan different type of cars.... Memang merapu aku nak ingat.... Yang paling senang nak uruskan adalah TOKIO MARINE dan semestinya KURNIA.. Yang susah dan memang last choice aku nak bukak adalah MAA INSURANCE atau sekarang dah tukar nama ZURICH INSURANCE..


- LAIN LAIN URUSAN
Car installment, hire purchase, loan, road tax calculation and payment, how to conduct urusan between bank and customer, bila dah call bank banyak la yang boleh kita tanya sebenarnya.... Ye lah bukan guna prepaid sendiri kan.. At the same time it improve my communication skills.... The best thing adalah kerja dengan chinese nie semua urusan kena on time.... Calculate mesti betul dan cepat.... Average sehari sekurang- kurangnya aku kena uruskan 3-5 kes jual beli kereta dengan different bank.. 5-10 kes roadtax and insurance..  If kerja memuaskan dia akan treat kita macam macam.. 



DISADVANTAGES

Tak perlu nak jelaskan dengan lebih lanjut.... Masalah utama yang aku hadapi kat sini adalah 'kebersihan'.... Bila dah bekerja kat company chinese semestinya korang akan nampak itu anchiingg.... Dan kat sini aku kena buat pembersihan sekali.... Sebab aku lah kerani and aku lah cleaner.... Owh sangat mengujakan.... Cakap lebih lebih tak guna fikir fikirkan lah sendiri.... Masalah lain sememangnya tiada.... Kena marah.... Steady.... Kena maki.... Steady.... Kena tepuk dengan Kuan pon tetap steady.... Tapi kalau betepuk tampar dengan anchhingg memang say kiss goodbye.... Have fun and banyak gilos pelajaran yang boleh aku dapat.... Dan sumpah tak rugi.... Sampai disini sahaja perjalanan hidup kerani aku.... I'll move on to the next stage..


menjadi seorang peniaga berjaya.. doakan Norapikah yea..:D


*kenangan..kihkih..



-TAMMAT-