Sunday, February 12

improvement...full energy..!!


final sem.. dah boleh diibaratkan serupa macam killer stage dalam cycle life student..kau tak potong dia,dia akan potong kau..  kemain bercycle bagai.. dah tak payah intro bebanyak.. meh sini norapikah nak cerita..


sebulan dua nie memang norapikah lesu, tensen, selekeh, mamai, tak bermaya, dan seangakatan dengannya.. nie semua adalah penangan final report yang tak berapa nak memberansangkan.. class yang tak berapa nak pergi akibat terlajak perahu boleh diundur terlajak tido apa kan daya tak boleh nak di tepis.. sebagai hadiah kepada situasi di atas adalah selama 6 sem guwa belajar, sem keenam jugak first tyme guwa dapat warning letter... tambahan pula result test 1 yang amat mendukacitakan tangan yang menulis jawapan, otak yang memproses idea dan tidak dilupakan mata yang menahan mengantuk time jawab test.. amacam nampak tak ketidak senonohan pembelajaran norapikah pada sem ini..


tapi tak pe.. final report dah hantar.. seminggu nie attendance class dah rapi terjaga.. siap time kelas tambahan hujung minggu norapikah sampai awal dari lecturer.. *ke sebab lecturer sangkut jam.. tak kesah la tu yang penting no more telur ayam dekat nama norapikah.. no more kengkawan guwa cakap 'eh kau dah macam tadek udara dalam badan dah aku tengok..' pernah tak pernah norapikah nak study, pagi tadi bangun norapikah bukak buku buat soalan latihan satu dua... nampak.. rahsia improvement dari low energy norapikah kepada terus full energy guwa cakap sama lu..


so norapikah tanak simpan kepit dediam sengsorang apa rahsianya.. nak jugak berkongsi dengan rerakan sekalian.. mana tahu nanti kita belajar dapat dekan sesama.. dapat input semua yang berguna.. biar otak cepat bergerak.. badan laju bejalan dulu dari saiitonn yang menghasut suruh tak payah pergi class.. banyak sangat benefit yang dapat daripada 'rahsia' yang norapikah cuba nie..


JUS DELIMA GULSAN.. tak perlu campak sampai 50 hengget pon kat depan mata norapikah nak dapatkan sebotol jus nie.. tak payah guna kalkulator nak kira dua tiga kali nak invest untuk kesihatan.. student ye lah kan memang kadang kadang berfikir banyak kali nak invest untuk kesihatan contoh macam nak beli vitamin nie kang mahal.. tu pon ikut standard vitamin jenis apa pulak.. nak beli innershine, pati ayam brand kang lagi lah rabak poket..


banyak sangat benefit nya.. nie norapikah nak share pengalaman sendiri lah senang.. nak tulis proper proper jap lagi siapa nak baca kan.. memula memang norapikah takut nak cuba.. kang minum apa pulak kata perut.. takut sangat bad effect kat badan.. so norapikah kasi my sis cuba dulu.. dia berbadan besar and mudah sangat letih, pening, dan asyik nak tidur je.. then norapikah cakap kat dia try dulu satu sudu dua kali sehari iaitu time pagi dan malam.. before that mesti makan untuk alas perut dulu baru minum jus nie..


after seminggu dia ada telefon norapikah.. setakat tu ada la dia cakap sakit kat beberapa part badan.. means tadek la sakit sampai berguling guling.. macam lenguh lenguh kat beberapa part badan je la.. apa yang terjadi kat my sis tu betul betul sama macam penerangan yang norapikah dengar time memula beli jus tu.. kalau kita ada penyakit memang kita akan rasa sakit kat tempat tempat tertentu.. sebab jus nie dia kira macam lawan dengan penyakit tu then dia akan betulkan la peredaran darah nak improve penyakit tersebut.. then norapikah pon suruh dia minum dua sudu untuk dua kali sehari pulak..bila norapikah dah dengar camtu apa lagi.. terus lah try jugak


sekarang dia dah guna dekat sebulan lebih and norapikah dekat sebulan.. dan apa yang norapikah dengar dari dia semuannya good effects belaka.. badan dah tak letih, rasa ringan je katanya sebab memang lawas sangat perkumuhan dalam badan kami.. senang cerita kenormalan pembuangan tu jadi macam superb.. makan lunch keluar petang.. makan dinner keluar pagi.. amboi.. bersenang lenang perut bekerja.. dan yang paling penting and mujarab my sis dah lost weight 1kg setakat ini dan norapikah belom pergi timbang.. Alhamdulillah semuanya berkat dari Tuhan...


selain boleh kuruskan badan kita boleh jugak guna untuk kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran.. lagi lagi kulit orang kampung macam norapikah nie.. nak pergi spa spa macam orang lain tak mampu.. nak pergi facial muka buat hilang jerawat licin licin lagilah ntah bila kan.. so kita mula lah penjagaan dari dalam je.. moga moga suatu hari nanti dapat lah nak cantik macam orang lain jugak kan.. hehe..


so da bercerita panjang lebar nie marilah norapikah nak tunjukkan macam mana rupa  jus delima gulsan nie..


nie lah ghopenya..


yang sebelah tu lebihan yang norapikah minum.. yang kanan tu stock bakal masuk perut 


Harga : RM 35 exclude postage (*beli 3 botol keatas harga boleh dirunding)
sebarang pertanyaan sila tinggalkan di bawah ye.. (*komen or pm fb pon bolehh)


so kalau sesiapa nak mencuba or nak cadangkan kepada adik, abang, kakak, mak ayah,kawan kawan, lecturer,bopren,gepren, boleh lah tinggalkan komen dibawah.. norapikah akan buat penerangan yang lebih lanjut dalam entry yang lain kalau ramai yang respond.. ramai dah kawan kawan terdekat yang dah cuba jus nie.. Alhamdulillah setakat nie semuanya tadek bad effect lagi.. kita hanya mencuba, selainnya atas kehendak Yang Maha Esa.. Wallahualam




-TAMMAT-



4 comments:

| CIKZEK | said...

lama dh x nmpak norapikah ni hupdate blog ek :)

piko said...

haha..bz sangat final report berbaris..:D

Ct Aja said...

macam menarik jerk benda tu...

piko said...

memang menarik.. memula norapikah pon segan silu nak mencubanya.. skang dah tgk effectnya.. superb..:D