Sunday, February 26

BIO CYPRESS.. pernah dengar tak..?


cepat angkat tangan siapa yang pernah cuba, pernah minum, pernah terdengar or sebagainya.. aku pon hari jumaat haritu baru dengar, tengok, pegang dan rasa... waaa... jakun jakunnn....


chopp..chopp.. nie bukan kes nak promote macam jus delima haritu.. tapi kalau dah rasa terpromote tu tak pe la kan.. hehe.. just nak mengsharing cerita sahaja.. mana tahu boleh tolong dan jugak beri pendapat untuk bantu orang orang yang memerlukan..


aku pon memula langsung tak ada idea pasal minuman nie.. then, last week my bidadari cerita pum pam pum pam then ada la dah sikit idea.. memula aku ingatkan air zam zam je la.. rupanya lebih daripada itu.. okay first first jom tengok kandungan dalam air nie.. 


KANDUNGAN

-Garam Kristal Hunza ( 84 - 96 mineral )
-Ekstrak Amber Pokok Cypress
-Ekstrak Daun Cypree
-Air Zam Zam
-Hidrogen


amacam... terwowww tak.. erm kalau aku macam belom terwooww sangatlah sebab aku kenal dua benda je kat atas tu.. yang lain semua tak tahu function.. hehe..


takpe aku tambah lagi.. mari kita tengok testimoni minuman nie.. ayat mudah pebenda yang boleh diubati menggunakan minuman nie.. 


DARAH TINGGI ( bacaan 200 ke atas )
KEGAGALAN BUAH PINGGANG
BATU KARANG ( pemecahan batu karang secara berkesan )
SLE ( Systematic Lupus Erimatosus )
TIROID
KANSER
GOUT
JANTUNG/ KOLESTROL
GANGGUAN TENAGA NEGATIF
STRESS
SENDI & KARDIOVASKULAR


yang nie pulak paling sesuai dengan aku adalah yang kedua terakhir.. stress adalah makanan pelajar.. so untuk melawaskannya terpaksa lah aku minum air nie.. hehehe..


meh aku nak cerita.. semalam baring baring ngan mak aku, aku pon kupas la rahsia kenapa la mak ayah aku nie boleh terjebak dengan minuman nie.. lepas tu mak aku pon cerita la perkara sebenar yang berlaku kat mak sedara dan atuk sedara aku..


atuk sedara : dah dekat setahun sakit terbaring je.. means tak boleh bangun langsung.. makan minum orang suapkan dan kadang kadang ada waktu teruk makan guna tiub.. then ayah aku pon hantarkan sebotol demi sebotol suruh nenek sedara aku nie cuba.. lepas habis yang keempat botol, kira nak minum yang kelima botol Alhamdulillah berkat doa dan ikhtiar kami semua atuk sedara aku dah boleh duduk sekarang...


mak sedara : mak sedara aku nie means bukan la dekat sangat tapi memang kira kami satu kampung memang  belaka ada bau bau bacang.. dia ada ketumbuhan dekat perut ke rahim.. camtu la aku pon kurang paham kedudukan ketumbuhan tu sebenarnya.. sebelum nie ketumbuhan tu ada lah besar bola ping pong.. tak tahu besar mana pergi google ye.. and then dia cuba minum air BIO nie Alhamdulillah jugak ketumbuhan dia mengecil just besar biji nangka.. biji nangka ye bukan cempedak goreng.. 


tiba tiba aku bangun dari pembaringan then terus tanya mak aku.. yeke mak!!? mak aku kerut dahi pusing belah lain terus cakap kat aku.. ''punya lah mak cerita ye ye oo dengan kamu boleh tanya ye ke tak pulak.. tak ada keje mak nak menipu kamu tu haih.. tido lagi bagus..'' - baiklah..-.-'


so itu rahsia nya.. norapikah tak tahu lah norapikah yang paling jakun batak ke hapa tapi siapa siapa yang baru tahu tu boleh lah keneng keneng kat orang yang memerlukan di sekeliling korang.. bekalan norapikah tak tahu daripada mana nak dapat.. kalau nak tanya pasal bekalan boleh tinggalkan pesanan di kotak komen.. nanti norapikah tanyakan kat my bidadara.. boleh mencuba if percaya.. InsyAllah untuk kebaikan bersama..





sumber bernama : Norapikah cilok info sesikit dari SINI


okay norapikah dah habis cerita.. nak pergi makan jeruk kelubi kejap.. mak baru buat woo.. sedap..! 




-TAMMAT-





Tuesday, February 14

aku tak tahu nak letak tajuk apa.. tapi yang pasti aku nak maki dia.!


SITUASI 2 MINGGU YANG LEPAS

menangis nangis dia menahan kesakitan.. hendak melahirkan zuriat yang hampir membuatkan perutnya membesar dua kali ganda daripada biasa.. mengendong zuriatnya setelah sekian lama dibawa kesana kemari.. dari jauh kelihatan ramai mata yang memandang.. mungkin menganggu pendengaran mereka.. renungan tajam dari celah gril gril besi yang tertutup rapat.. mungkin marah kerana berbunyi bising di pendengaran mereka.. pandangan dari arah tangga yang tajam menikam.. mungkin pelik dengan perubahan diriku yang ketara.. ingin meminta bantuan takut jika tersalah bertemu dengan musuh durjana yang bakal menyakiti diri aku.. menyakiti zuriat yang bakal aku lahirkan.. demi kebaikan kami ku tahan juga rasa sakit ini bersendirian..


Syukur.. aku berjaya melahirkan 3 cahaya mata yang sangat comel.. walaupun mereka dilahirkan di tempat yang kurang selesa dan kotor tapi itu semua tidak penting.. apa yang pasti mereka lahir dengan selamat.. kugagahkan diri mencari tempat perlindungan yang lebih teratur dari tempat kelahiran mereka.. tempat untuk anak anakku berlindung dari panas dan hujan.. tempat yang jauh dari ancaman pemangsa lain.. tempat yang lebih elok untuk anak- anakku bermain apabila mata mereka celik.. tempat yang bakal menjadikan mereka tidak hidup seperti aku.. hidup sebagai seorang perempat..!


sehari demi sehari aku melihat anak anakku berjalan kesana kemari di tempat persembunyian kami bagi mencari kawasan yang panas untuk mendapatkan haba..berdampingan, tindih menindih sesama mereka.. mengelak dari berasa sejuk.. kadang kadang aku tersenyum simpul dengan keletah mereka yang masih belum celik mata.. kasihan juga ada... namun apakan daya aku harus mencari makanan untuk kekuatan diriku juga bekalan susu untuk mereka meneruskan hidup serta membesar.. setiap hari apabila aku pulang mesti anak anakku tidak ada di tempat yang aku tinggalkan.. aku menangis dan menjerit mencari mereka dengan harapan anak-anakku masih berada di kawasan terdekat.. kejam sungguh mereka yang membuang mereka.. salahkah aku menumpangkan mereka hanya seketika di situ.. hanya untuk menunggu mata mereka celik sebelum mereka dapat melihat suatu hari nanti.. apakah salah mereka..!! rintih aku didalam hati..


Tuhan masih sayangkan hubungan kami.. aku masih bertemu dengan anak anakku walaupun sudah berapa kali kami dipisahkan.. sehinggakan pada suatu hari kami dibenarkan sendiri oleh sepasang suami isteri untuk tinggal dihadapan rumah mereka.. mereka memberikan kami sebuah kotak yang beralaskan sepasang kain yang bersih dan selesa buat anak anakku mencari haba.. tidak terkata di hatiku.. mulia sungguh hatimu wahai saudara.. hatiku sayu sehingga tidak dapat mengeluarkan kata kata..


14 FEBRUARI 2012

Hujan mencurah curah menghempap bumi.. aku yang tersekat di bangunan bersebelahan dengan tempat kami tinggal hanya mampu berdoa agar anak anakku selamat berada di dalam kotak.. berdoa agar mereka tidak basah ditimpa hujan.. berdoa agar anak anakku yang baru sahaja celik melihat dunia tidak takut dengan petir yang sambar menyambar.. 


hari sudah semakin gelap.. aku terpaksa berlari di dalam hujan yang sudah sedikit renyai demi anak anakku.. untuk sampai di tempat anak anakku sebelum malam.. dari jauh kedengaran bunyi anak anakku menangis dan menjerit ketakutan.. Ya Allah.. sayunya hatiku... aku berlari sepantas mungkin.. namun.. kerisauan hatiku betul betul membawa petanda buruk.. di mana anakku si hitam.. aku berlari lari ke kawasan sekitar mengharapkan si hitam berada berdekatan.. aku menjerit sekuat hati supaya si hitam dengar bahawa aku datang untuk menyelamatkan dia..  Si Hitam Zuriatku! Di mana kau nak!


hati aku semakin sayu apabila tiada langsung sayup sayup sahutan SI HITAM.. setitis demi setitis air mataku mengalir.. hanya hati mampu berdoa selamatkanlah anakku... setelah menidurkan si kelabu dan si coklat aku pon meneruskan pencarian si hitam... dari jauh kelihatan dua orang kanak kanak kecil iaitu anak jiran tuan ku datang menghala ke arah aku.. dia menatang sesuatu! si kecil menangis teresak esak.. si kakak yang membawa sesuatu tadi juga menangis tersedu sedu.. apakah yang bakal aku lihat ini...


perlahan lahan diletakkan di depan aku tubuh kecil si hitam.. mengalir darah dari hidung, telinga juga mulutnya.. Ya Allah.. apa dah jadi dengan kau nak..!!! aku mengusap perlahan lahan kepala si hitam..sakitnya kau nak..!! darah yang masih basah aku sapu perlahan lahan.. aku cium dahi si hitam yang basah terkena hujan.. aku gerakkan badan si hitam dengan kepalaku sendiri.. namun.... si hitam langsung tidak bergerak.. kau dah pergi nakk! kau pergi tanpa jumpa ibumu nak...! siapa yang buat kau camnie nak...! aku menjerit kesedihan..


sayup sayup aku lihat tuan aku juga anak anaknya menangis.. si kecil dua orang yang membawa Si hitam tadi bercerita sesuatu kepada tuan ku.. katanya anakku di campak dari tingkat 8 ke bawah oleh seorang kanak kanak lelaki.. aku tidak mampu mendengar lagi apa yang bakal mereka ceritakan lebih lanjut.. aku tidak dapat bayangkan ketakutan si hitam yang jatuh dari tingkat 8 ke bawah.. anakku yang masih baru mencelikkan mata melihat dunia jatuh dari tempat setinggi itu.. Ya Allah.! kejamnya kau manusia..! hanya itu yang mampu aku ucapkan..

pergilah nak... moga kau jauh dari manusia yang boleh menyakitkan kau lagi suatu hari nanti....



- TAMMAT- 


p/s: aku a.k.a norapikah yang sebenar bukan watak kucing... dah tak sanggup nak menulis lagi.. air mata dah laju betul dah mengalir...  tapi ini adalah perkara benar yang terjadi kepada salah seekor anak kucing yang aku baru je bercadang nak pelihara.. aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam paham dengan apa yang ibu kucing tu rasa.. semalam seharian aku termenung bila dapat tahu benda nie.. aku tak tahu anak siapa yang memang tak ada hati perikemanusiaan tu.. kecil kecil sudah membunuh.. tapi aku tetap doakan dia membesar jadi orang yang berguna.. aku kenal siapa mak bapaknya and aku tahu macam mana perangai mak bapaknya dengan manusia lain.. aku just mengharapkan anaknya tak mengikut jejak langkah mak bapaknya.. and lastly aku harap minggu depan aku balik sana aku tak jumpa budak nie.. kalau aku jumpa memang aku kasi penerajang sekali...!!! argghhh manganggg lah!


moral : ajar lah anak anak @ bakal anak anak korang erti perikebinatangan.. even kucing tu bukan manusia ofcosly tapi kucing tu tetap benda bernyawa.. the end...teary..='(







yang kaler hitam tu la kucingnya.. yang atas bukan yang bawah..='(



this one si kelabu.. time mata belom celik



tu si hitam lagi.. semoga rohnya dicucuri di atas sana... :'((






Sunday, February 12

improvement...full energy..!!


final sem.. dah boleh diibaratkan serupa macam killer stage dalam cycle life student..kau tak potong dia,dia akan potong kau..  kemain bercycle bagai.. dah tak payah intro bebanyak.. meh sini norapikah nak cerita..


sebulan dua nie memang norapikah lesu, tensen, selekeh, mamai, tak bermaya, dan seangakatan dengannya.. nie semua adalah penangan final report yang tak berapa nak memberansangkan.. class yang tak berapa nak pergi akibat terlajak perahu boleh diundur terlajak tido apa kan daya tak boleh nak di tepis.. sebagai hadiah kepada situasi di atas adalah selama 6 sem guwa belajar, sem keenam jugak first tyme guwa dapat warning letter... tambahan pula result test 1 yang amat mendukacitakan tangan yang menulis jawapan, otak yang memproses idea dan tidak dilupakan mata yang menahan mengantuk time jawab test.. amacam nampak tak ketidak senonohan pembelajaran norapikah pada sem ini..


tapi tak pe.. final report dah hantar.. seminggu nie attendance class dah rapi terjaga.. siap time kelas tambahan hujung minggu norapikah sampai awal dari lecturer.. *ke sebab lecturer sangkut jam.. tak kesah la tu yang penting no more telur ayam dekat nama norapikah.. no more kengkawan guwa cakap 'eh kau dah macam tadek udara dalam badan dah aku tengok..' pernah tak pernah norapikah nak study, pagi tadi bangun norapikah bukak buku buat soalan latihan satu dua... nampak.. rahsia improvement dari low energy norapikah kepada terus full energy guwa cakap sama lu..


so norapikah tanak simpan kepit dediam sengsorang apa rahsianya.. nak jugak berkongsi dengan rerakan sekalian.. mana tahu nanti kita belajar dapat dekan sesama.. dapat input semua yang berguna.. biar otak cepat bergerak.. badan laju bejalan dulu dari saiitonn yang menghasut suruh tak payah pergi class.. banyak sangat benefit yang dapat daripada 'rahsia' yang norapikah cuba nie..


JUS DELIMA GULSAN.. tak perlu campak sampai 50 hengget pon kat depan mata norapikah nak dapatkan sebotol jus nie.. tak payah guna kalkulator nak kira dua tiga kali nak invest untuk kesihatan.. student ye lah kan memang kadang kadang berfikir banyak kali nak invest untuk kesihatan contoh macam nak beli vitamin nie kang mahal.. tu pon ikut standard vitamin jenis apa pulak.. nak beli innershine, pati ayam brand kang lagi lah rabak poket..


banyak sangat benefit nya.. nie norapikah nak share pengalaman sendiri lah senang.. nak tulis proper proper jap lagi siapa nak baca kan.. memula memang norapikah takut nak cuba.. kang minum apa pulak kata perut.. takut sangat bad effect kat badan.. so norapikah kasi my sis cuba dulu.. dia berbadan besar and mudah sangat letih, pening, dan asyik nak tidur je.. then norapikah cakap kat dia try dulu satu sudu dua kali sehari iaitu time pagi dan malam.. before that mesti makan untuk alas perut dulu baru minum jus nie..


after seminggu dia ada telefon norapikah.. setakat tu ada la dia cakap sakit kat beberapa part badan.. means tadek la sakit sampai berguling guling.. macam lenguh lenguh kat beberapa part badan je la.. apa yang terjadi kat my sis tu betul betul sama macam penerangan yang norapikah dengar time memula beli jus tu.. kalau kita ada penyakit memang kita akan rasa sakit kat tempat tempat tertentu.. sebab jus nie dia kira macam lawan dengan penyakit tu then dia akan betulkan la peredaran darah nak improve penyakit tersebut.. then norapikah pon suruh dia minum dua sudu untuk dua kali sehari pulak..bila norapikah dah dengar camtu apa lagi.. terus lah try jugak


sekarang dia dah guna dekat sebulan lebih and norapikah dekat sebulan.. dan apa yang norapikah dengar dari dia semuannya good effects belaka.. badan dah tak letih, rasa ringan je katanya sebab memang lawas sangat perkumuhan dalam badan kami.. senang cerita kenormalan pembuangan tu jadi macam superb.. makan lunch keluar petang.. makan dinner keluar pagi.. amboi.. bersenang lenang perut bekerja.. dan yang paling penting and mujarab my sis dah lost weight 1kg setakat ini dan norapikah belom pergi timbang.. Alhamdulillah semuanya berkat dari Tuhan...


selain boleh kuruskan badan kita boleh jugak guna untuk kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran.. lagi lagi kulit orang kampung macam norapikah nie.. nak pergi spa spa macam orang lain tak mampu.. nak pergi facial muka buat hilang jerawat licin licin lagilah ntah bila kan.. so kita mula lah penjagaan dari dalam je.. moga moga suatu hari nanti dapat lah nak cantik macam orang lain jugak kan.. hehe..


so da bercerita panjang lebar nie marilah norapikah nak tunjukkan macam mana rupa  jus delima gulsan nie..


nie lah ghopenya..


yang sebelah tu lebihan yang norapikah minum.. yang kanan tu stock bakal masuk perut 


Harga : RM 35 exclude postage (*beli 3 botol keatas harga boleh dirunding)
sebarang pertanyaan sila tinggalkan di bawah ye.. (*komen or pm fb pon bolehh)


so kalau sesiapa nak mencuba or nak cadangkan kepada adik, abang, kakak, mak ayah,kawan kawan, lecturer,bopren,gepren, boleh lah tinggalkan komen dibawah.. norapikah akan buat penerangan yang lebih lanjut dalam entry yang lain kalau ramai yang respond.. ramai dah kawan kawan terdekat yang dah cuba jus nie.. Alhamdulillah setakat nie semuanya tadek bad effect lagi.. kita hanya mencuba, selainnya atas kehendak Yang Maha Esa.. Wallahualam




-TAMMAT-