Saturday, December 17

..........

Tuhan..
Tolong lembutkan hati dia..
Untuk terima aku seadanya..
Kerna ku tak sanggup..
Kerna ku tak mampu..
Hidup tanpa dia disisiku..


Tuhan..
Aku tahu banyak dosaku..
Hanya ingat Kamu kala duka ku..
Namun hanya Kamu yang mampu membuka..
Pintu hatinya tuk cintaku...


Malam kau bawalah rinduku..
Untuk dirinya..
Yang jauh dariku..
Agar dia tidak kesepian..
Selalu rasa ada cinta agung..


Hujan bawa air mataku..
Yang mengalir..
Membasuh lukaku..
Agar dia tahu ku terseksa..
Tanpa cinta dia di hatiku..


Hanya mampu berserah..
Moga cahaya tiba nanti..


Tuhan tolong lembutkan hati dia..
Untuk terima aku seadanya..
Kerna ku tak sanggup..
Kerna ku tak mampu..
Hidup tanpa dia disisiku..

Tuhan.... Tolong lembutkan hati dia..






17 Disember 2011....:'(




Friday, December 16

ikutlah kau nak kata apa..






MUKA KAU MACAM ZOMBI!
aku tahu aku jalan macam lutut letak kat siku.. muka dah macam datang bulan 365 hari.. macam aku anak tan sri banyak keje kat company bapak sendiri.. korang tengok pon dah rasa macam nak bagi.. cakap..cakap lagi.. ah! peduli apa aku.. yang penting dalam sehari adalah jugak sekali aku praktik senyum depan cermin.. see sikit pon aku tak cuit manusia kan.. tapi tetap tak puas hati..


BAJU KAU DARI KEPALA SAMPAI KAKI SEMUA TAK MATCHING!
ada jugak orang yang pernah hiraukan aku rupanya.. pelik sempat lagi.. aku pakai jeans eh ranggi kau harini tapi tak matching lah bla bla bla.. aku pakai ladylook eh tak sesuai lah kau pakai baju besar macam nie.. lagipon macam corak tak cantik lah baju nie... weyy nandee.. ingat aku hidup kat dunia nak jadi perhiasan tuk kau ke.. sikit pon tak suruh jahitkan baju,sarungkan kat badan aku then habis pakai korang basuhkan.. see tak cuit pon lagi.. tapi tetap tak puas hati..


EH KAU! HARI HARI KAU MAKAN TAHI EH!
serius memang ada jenis macam ni.. aku tak tahu lah dia nie ada binti/bin ke tak.. yang aku tahu golongan macam dia nie maybe kurang kasih sayang.. ke sebab kau syok kat orang tu then orang tu tak layan? serius kan soalan tu.. tapi tu aku tak ambik port sebab apa yang aku nak tahu pasal kau suka suka hati nak maki orang eh.. aku tengok muka kau takdelah hensem macam beruk pon.. sikit je lah kalau macho pon.. tu pon dari angsa jiran sebelah rumah aku.. aku tak pernah pon cuit kau jugak.. tapi tetap tak puas hati..


EH, KAU BUAT ITU,INI,DAN SEBAGAINYA!
otak lembap,kurang bijak, kera sumbang, katak bawah tempurung tak pe.. asalkan tak jadi manusia macam tertera di atas.. mari dengar.. aku lahir memang untuk hidup di atas kehendak kau, aku hidup memang dijadikan tuk jadi hamba kepada kau, aku hidup memang banyak dosa sebab tiap minit sebut nama kau.. semua perkara di atas mungkin di pandang rendah oleh orang.. tapi specialnya.. hati kental kita yang punya.. kata kental juga khas dicipta untuk kita.. yang paling penting kita ada Allah yang berkuasa.. see tak perlu cuit mereka dah terkinja kinja.. tapi tu lah mereka tetap tak puas hati..


KAU NIE TAK TAHU NAK BERKAWAN KE!
ke sana sini sorang sorang.. lebih dari kera sumbang dah.. datang sorang,duduk sorang,makan sorang, sampai balik pon sorang.. minah nie memang tak tahu berkawan agaknya.. let me tell you this.. lagi keji kalau ada sepuluh orang kawan tapi sorang pon tak pernah tegur kau tak solat, kalau ada sepuluh orang kawan tapi sepuluh jugak yang datang mencemuh sesama sendiri kat si kera sumbang nie.. ada sepuluh orang kawan tapi si kera sumbang jugak tempat kau luah isi hati,pinjam money,ajak lepak bila kawan sendiri buat tak peduli.. kan dah cakap.. kera sumbang sikit pon tak mencuit.. so jangan nak sakit hati..


KAU NIE MENANGIS MENANGIS! TAK DE BENDA LAIN KE DAH NAK BUAT!
memang dah tak ada benda lain.. paling keji aku tulis entry macam nie lah nak luahkan suara hati sendiri.. kau apa tahu.. maki,caci,perli.. semua kau highest lagi tertinggi.. ye muka aku tak cantik, hidung kembang, gigi menguning, mata kecik besar, dahi bumi... tapi sekurang kurangnya Tuhan kasi aku sedar tak hidup semua nak free.. free body - free hair - free sin = free hell.. padahal sikit pon tak terpandang,inikan pulak tercuit.. tapi tak puas hati tetap ada dalam diri kau kan..





sudahlah.. tak berbaloi tulis pepanjang.. nanti lagi buat ramai terasa hati.. aku tulis macam ada experince sendiri je.. tapi sebenarnya tak pon.. kadang kadang kita cuba nak memahami kepedihan hati seseorang.. mereka bercerita dan menangis membuatkan kita dapat muhasabah diri sendiri.. try replace yourself with them and feel the way they suffered.. korang mampu.? aku pilih untuk cakap tidak..




-TAMMAT-





Monday, December 5

Italian Mafia Vs Night In Cairo



Bila perempuan suggest '' tema arabb..! tema arabb..!..''


si lelaki '' apa daaa.. tak in langsung.. lapukk dowh.. benda sama je..''


K FINE.!


Bila lelaki suggest '' ITALIAN MAFIA.! ''


si perempuan ''kejadah hang ingat nak pakat suh kami semua dreessupp pakai gaun, pakai coli terburai pastu pakai tudung.. memang in..!.''


ALAA TU PON NAK KECOH! CARI LAH PAKAIAN YANG SOPAN BUKAN TAK ADA TAPI SENGAJA!



tu lah hidup adanya lelaki dan perempuan.. asyik nak bertekak je kejenya.. sebenarnya aku dok kecoh dari tadi cakap pasal tema baju nie disebabkan kami orang budak final sem nak pilih tema tuk annual dinner.. dari minggu lepas dok betekak,siap buat vote lagi.. yang perempuan pilih arab, yang lelaki dok sibuk pilih mafia diorang tu..


sebenarnya belaka belaka nak jaga kepentingan duit dan kesenangan mencari baju untuk diri sendiri.. ye lah kalau perempuan senang nak tema arab sebab pakai jubah pon dah boleh kira arab kan.. senang nak dapat tudung.. shawl pakai hari hari pon boleh.. nak lain sikit ambik lah sapu tangan kat rumah buat purdah.. tadaa... siap untuk ke dinner..


tapi untuk lelaki takkan nak pegi beli tarbus, kasut aladin, baju seluar besar gebang tu semata mata tuk pergi dinner malam tu je kan.. tapi aku berani kerat kuku lah, mana mana lelaki yang ada baju tu pon tak mahu nye sarung kat badan diorang.. ye ke idak lelaki sekalian?


yang lelaki pon same.. nak jadi mafia bukannya susah semua dah ready dalam almari.. tinggal nak beli prop je pon.. labur sepuluh hengget beli m16 mainan.. lima hengget beli lastik nak buat tutup mata sket..  jaket dah ada.. kot zaman sekolah pon muat lagi kan... then siap....tak sampai 20 hengget pon... cehh

Classic Gangster Mafia Costume

tapi bila letak pulak si perempuan kat tema tu.. memang dayus mata memandang wa tibai.. kalau yang jenis tarak tudung tu boleh lagi lah dipertimbangkan.. tapi macam mana kami yang bertudung tu nak in dalam tema tu weh.. aku dah try search mana tahu boleh start kumpul duit awal awal kan nak beli costume.. tapi yang keluar semua jenis baju aku bawak tido je.. jangan dok imagine pulak... sebagai contoh aku kasi..


Mafia Costume for Woman

nie boleh diterima pakai la jugak..


sexy gangster and flapper

kalau yang nie.. memang boleh harus sedia tok kadi terus lah kat dinner tu alang alang..


maka apakah penyelesaiannye di pengakhiran waktu? takpe lah.. meh aku sediakan sikit panorama kerjasama antara kita eh.. mana tahu nanti jadi ke kan.. boleh lah kekanak pompuan semua try dressup nie.. ikut korang lah nak selit tudung celah mana.. tuk lelaki pon sama.. cari lah kat masjid india tu baju a'la a'la a'rab yerk.. hehe..








2 je yang agak senonoh.. tunggu tuk kekanak lelaki pon ada...


.
.
.
.
.
.
.
.
.




tadaaa... haa.. simple kan.. hensem lagi tu.. haha





 okay selamat mencuba.. :D


sebenarnya aku lagi teringin tema Bollywood dari arab.. aci.?




-TAMMAT-





Friday, December 2

aku dah tahu siapa diri aku yang sebenarnya!





tadi bukak fb.. jumpa menda nie.. rasa tertarik pulak nak share..  jom usha senget mata dari jauh skett..

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6





p/s : amacam? ada yang kena? aku memang tepat kena kat batang hidung.. sekarang dah kenal kan siapa diri kita.. terima lah seadanya.. dan tak lupa.. dah siap baca boleh tepuk dada tanya selera.. nie just for fun.. jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. credit to Syakira Mohd Halim.. aku cilok dari status dia.. ngeh ngeh..



-TAMMAT-